Haruno Sakura merupakan Kunoichi paling popular dalam dunia Naruto. Dia merupakan ahli kumpulan 7 bersama-sama dengan Naruto dan Sasuke. Sakura kemudiannya telah dilatih oleh lagenda Sannin iaitu Tsunade yang membuatkan Sakura berjaya menguasai ninjutsu medik. Dia turut mewarisi kekuatan hebat Tsunade. Pada akhir episod Naruto, Sakura merupakan salah satu watak yang sangat kuat dan merupakankan Kunoichi paling kuat.
Akan tetapi, ada satu perkara yang mempengaruhi pembencinya yang suka untuk membenci watak Sakura itu sendiri. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Sebahgian kebencian yang diterima oleh Sakura adalah tidak sepatutnya diperolehinya. Itu adalah contoh kebencian yang diterima Sakura. Masashi Kishimoto sendiri menyedari perkara itu tetapi dia tidak terpengaruh dengannya. Kishimoto sensei siap memberi penjelasan untuk watak Sakura itu.
Kishimoto mereka watak Sakura dengan sifat yang selalu berniat baik, tetapi bermulut celupar dan sedikit menjengkelkan. Perkara ini langsung tidak mengganggu Kishimoto kerana dia tahu dia menyukai Sakura sebagai salah satu watak dalam Naruto.
Menurut Kishimoto perkara-perkara tersebut membuatkan Sakura dibenci namun benda-benda seperti itulah yang menjadikannya lebih "manusia" daripada Kunoichi yang lain dalam Naruto.
Walaupun benar bahawa dia keras kepada Naruto pada masa-masa tertentu, dan hanya fokus kepada Sasuke, walaupun selepas apa yang dia lakukan kepadanya, itu adalah kelemahan manusia untuk berbuat demikian. Semua orang tidak boleh menjadi kuat.
Sakura dicipta untuk menunjukkan bahawa anda boleh mengatasi kelemahan anda dan masih berharga untuk hidup.
Satu lagi sebab mengapa Kishimoto tidak pernah memberi perhatian lebih ke arah membuat Sakura istimewa, kerana dia tidak pernah berniat untuk menjadikan Sakura seorang heroin. Walaupun, pada akhir siri, dia sememangnya menjadi salah satu daripadanya.