Apabila dikenang kembali kisah lampau mereka, ia sangat menyedihkan serta boleh membuatkan penonton menghayati apa yang dialami oleh watak tersebut.
1. Minato dan Kushina.
Ia berlaku ketika tragedi serangan ekor sembilan di kampung Konoha.
2. Rock Lee.
Apabila dia sedar bahawa dia tidak mampu untuk menguasai teknik ninjutsu dan genjutsu seperti ninja yang lain.
3. Haku.
Melihat sendiri kejadian emaknya yang dibunuh oleh bapa tirinya. Dan Haku menjadi pelarian dari dibunuh oleh sehinggalah dia bertemu dengan Zabuza dan mengubah dirinya.
4. Kakashi Hatake.
Dia jadikan ayahnya sebagai idola. Namun, Kejadian di mana ayahnya membunuh diri mengubah hidup Kakashi. Lebih teruk, kematian kawannya sendiri iaitu Rin dan juga kematian Obito yang disangka oleh Kakashi.
5. Inari.
Tidak pernah mengetahui ayahnya, serta sentiasa dibuli.
6. Uchiha Itachi.
Itachi bukan hidup untuk dirinya sahaja. Malah rela berkorban untuk selamatkan penduduk kampung Konoha. Memilih jalan untuk menjadi perisik. Serta membunuh puaknya sendiri dan keluarga. Hanya membiarkan Sasuke seorang saja yang hidup.
7. Naruto Uzumaki.
Tidak pernah merasai adanya ibu bapa semasa kecil. Dipulau oleh penduduk kampung dengan mengatakan dia sebagai raksasa.
8.Sasuke Uchiha
Sasuke menjadi trauma semasa kecil bilamana abangnya sendiri membunuh semua ahli puaknya.
9. Gaara.
Kematian ibu serta terkuncinya raksasa dalam perutnya, iaitu Shukaku, jadikan Gaara ditakuti oleh adik beradiknya sendiri. Gaara kurangnya kasih sayang malah sengaja dihantar ninja untuk membunuhnya ketika kecil.
10. Uchiha Obito.
Selepas kemalangan yang disangka kematian Obito, dia telah diselamatkan oleh Madara dan dimanipulasi dengan kata-kata nasihat Madara sendiri. Dengan adanya angkatan Akatsuki, dia telah berjaya membuat perang ninja berlaku serta termakan kata-kata Madara.