Ini hanyalah andaian semata-mata dari apa yang berlaku ketika Kawaki berlawan dengan Boruto.
Pada ukiran batu di kampung Konoha, hanya ukiran Naruto sahaja yang tinggal, malah ia telah pun dimusnahkan dengan teruk. Beberapa penyebabnya mungkin kerana:
Tamatnya zaman shinobi.
Tidak ada lagi hokage seterusnya.
Naruto telah pun mati.
Akan tetapi, ini hanyalah spekulasi sahaja. Tetapi, seperti kita tahu, Konohamaru dan Sarada juga mahu menjadi hokage yang seterusnya. Semua peminat masih tertanya-tanya sehinggalah babak Boruto seterusnya keluar.
Dengan ukiran Naruto sebagai hokage terakhir, malah Kawaki mengatakan kepada Boruto bahawa dia akan hantar Boruto berjumpa dengan yang ke-7. Adakah anda terfikir perkara yang sama? Atau mungkin perkara lain lagi yang masih belum berlaku dan terjawab?