Pada hayat masa kecil Kakashi,
dia tidak mahu hal yang sama berlaku pada dirinya sepertimana berlaku pada
ayahnya, Hatake Sakumo, iaitu lebih mementingkan komrad berbanding misi dan
peraturan. Setelah 'kematian' rakannya, Kakashi telah dibentuk dengan prinsip
bahawa komrad lebih penting daripada misi.
Deontologism dibentuk oleh
Immanuel Kant, seorang ahli falsafah Jerman yang meletakkan nilai etika sebagai
suatu yang universal dan ia semulajadinya terdapat pada semua manusia. Boleh
dikatakan nilai etika yang digariskan oleh Kant sebagai 'absolute ethics',
iaitu etika yang bersifat objektif. Kant menyatakan, manusia itu terletak di
tengah-tengah antara haiwan dan makhluk langit, di mana manusia diregulasi oleh
akal dan nafsu.
Deontologism adalah etika yang
bertentangan dengan utilitarianism. Utilitarinism meletakkan matlamat sebagai
piawaian etika pada tindakan, tetapi deontologism menilai tindakan itu sendiri
sebagai piawaian etika. Bagi seorang deontologis, apa yang berlaku pada masa
depan seperti akibat adalah tidak relevan. Kita boleh kata, matlamat tidak
menghalalkan cara. Bagi deontologis, kalau perbuatan itu salah, tetaplah salah
walau apa pun sebabnya.
Hatake Sakumo mati akibat
depressi kerana dicemuh oleh Konoha kerana mengabaikan misi yang sangat penting
semata untuk selamatkan komradnya. Malah, dia dicemuh oleh komradnya sendiri.
Kakashi sangat menyanjungi ayahnya. Kematian ayahnya telah membentuk diri
Kakashi untuk tidak mengabaikan misi walau apa pun berlaku. Tetapi kematian
Uchiha Obito selepas itu, telah mengubah sekali lagi diri Kakashi kerana telah
mengingatkan prinsip ayahnya iaitu lebih mementing komrad.
Sebenarnya, Kakashi cuba untuk
menyatukan dua prinsip ini dengan konsep 'kerjasama' (teamwork). Kemungkinan
Kakashi melihat, bahaya yang menimpa komrad adalah akibat taktikal kerjasama
yang kurang diberikan penumpuan.
Di sini kita akan melihat unsur
deontolgism, iaitu meletakkan nilai baik 'menyelamatkan komrad' sebagai salah
satu kebaikan tertinggi (highest good). Mereka (Kakashi, Obito, Sakumo) akan
mengabaikan misi (matlamat) mereka demi untuk menyelamatkan komrad, sekalipun
matlamat itu memberikan kebaikan yang lebih besar.
Macam aku cakap, bagi
deontologis, matlamat misi adalah tidak relevan. Apa yang akan berlaku
sekiranya misi diabaikan adalah tidak relevan. Apa yang berlaku pada masa
depan, bagi mereka adalah tidak relevan. Kalau meninggalkan komrad hanya untuk
menyelesaikan misi bagi mereka, nilai etika itu adalah buruk. Seperti yang
sering disebutkan oleh Kakashi dan Obito, ia lebih teruk daripada sampah.
Tapi dalam etika Kant, perbuatan
baik yang paling tinggi (highest good) wujud apabila individu itu melakukan
perbuatan baik itu adalah semata-mata kerana ia baik. Kalau seseorang melakukan
kebaikan kerana orang lain suruh ataupun dipengaruhi oleh norma, maka ia
bukanlah perbuatan baik yang tinggi.
Bagi aku, dalam hal ini, Sakumo
dan Obito masih kecil mempunyai nilai kebaikan yang tinggi dalam aspek nilai
'menyelamatkan komrad' berbanding Kakashi. Sebab Kakashi terapkan nilai
'menyelamatkan komrad' dalam dirinya sebagai reaksi kematian Sakumo dan Obito,
bukan sebab dia rasa hal itu benda baik. Tidak seperti Sakumo dan Obito yang
melihat nilai 'menyelamatkan komrad' sebagai nilai yang baik.
Maka, apa yang dihadapi oleh
Kakashi adalah kesan psikologi yang dipanggil sebagai 'Survivor's guilt', iaitu
kesan yang diterima kerana dia seorang sahaja yang selamat ketika berlaku
malapetaka (peperangan) yang menimpa dia dan rakan-rakannya. Kakashi pernah
beritahu kepada anak-anak muridnya bahawa orang kesayangannya semua telah mati,
iaitu Sakumo, Obito, Rin dan Hokage ke-4. Jadi, Kakashi meletakkan rasa
bersalah kematian mereka adalah akibat dirinya sendiri. Lalu, prinsip komradnya
yang mati itu telah membentuk dirinya sendiri. Kakashi pun banyak menghabiskan
masanya di kawasan persemadian komradnya.