Watak Itachi
dikatakan seorang shinobi yang genius. Naik pangkat yang tinggi ketika umurnya
yang muda. Perkara menarik yang menjadi penumpuan watak Itachi adalah tindakan
membunuh seluruh ahli puak keluarganya, Uchiha dan menjadi sumber perkembangan
watak adiknya, Sasuke.
SARTREAN
EXISTENTIALISM
Kalau sesiapa
dah tonton anime dan dah baca manga ini sampai habis, kita akan tahu Itachi lakukan
pembunuhan beramai-ramai ke atas puak Uchiha adalah sebab untuk mempertahankan
Konoha. Selepas pembunuhan itu, Itachi keluar daripada kampung dan dipandang
oleh orang Konoha sendiri sebagai pengkhianat dan penjenayah.
Di sini mungkin
kita boleh buat dua kesimpulan berkenaan Itachi, iaitu Itachi terpaksa
berkorban untuk mempertahankan Konoha ataupun dia tidak terpaksa melakukan hal
itu sebab dia memang memilih untuk melakukan hal itu. Bagi aku, Itachi adalah
pada kesimpulan kedua. Itachi tidak memiliki psikologi 'matyr complex' yang
memenuhi kehendak psikologinya untuk menjadi 'kambing hitam' demi
mempertahankan Konoha.
Macam Madara dan
ahli-ahli Uchiha yang lain, Itachi cintakan keamanan. Malah, ayah Itachi,
Uchiha Fugaku sendiri pun tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi antara
Uchiha dan keluarga Senju. Fugaku memilih untuk melakukan kudeta dengan
menjatuhkan Danzo dan Hiruzen supaya Uchiha dapat menguasai tampuk
pemerintahan. Fugaku lakukan hal ini kerana melihat Uchiha semakin disisihkan.
Kita mungkin
boleh lihat apa yang mahu dilakukan oleh Fugaku dapat mengurangkan pertumpahan
darah. Tetapi di mata Itachi kudeta tersebut mungkin akan menimbulkan perang
saudara kerana kuasa diambil secara rampasan
Itachi membesar
dalam suasana shinobi berperang dengan pelbagai sebab. Ketika mempunyai pilihan
antara sama ada memilih untuk membunuh keluarganya ataupun menyertai kudeta,
Itachi memilih untuk membunuh puaknya sendiri kerana dapat mengelakkan tumpah
darah dan huru-hara dalam Konoha.
Menurut
Jean-Paul Sartre, ahli falsafah Perancis, kewujudan kita adalah sebuah
kebebasan. Kita bebas melakukan apa-apa pilihan tanpa pengaruh dan tekanan
sosial di sekeliling. Orang yang membuat pilihan dengan kepercayaan bahawa 'dia
tidak mempunyai pilihan lain' adalah orang yang mempunyai 'bad faith'. Idea
'bad-faith' dibawa oleh Sartre sendiri bahawa, pilihan yang dibuat oleh seorang
individu kerana tekanan sosial akan melahirkan nilai yang palsu dan mengabaikan
kebebasan mutlak dalam dirinya.
Aku katakan
Itachi seorang Sartrean Existentialist sebab kita boleh nampak Itachi boleh
'move on' selepas melakukan pembunuhan itu. Dia tidak meratap-ratap, menyesal
ataupun apa saja yang dia lakukan atas sebab 'dia terpaksa berkorban'.
Itachi cintakan
kemanan dan kampungnya (nasionalis). Dia dibesarkan sebagai seorang shinobi
yang paling kurang, pembunuhan terpaksa berlaku. Dia juga membesar sebagai
seorang yang tidak terlalu bersosial. Ketika menjadi skuad Anbu, Itachi tidak
teragak-agak untuk membunuh musuhnya walaupun musuh itu sudah terdaya lagi
untuk melaksanakan misi. Maka, pilihan dia membunuh keluarganya kerana dia
memang memilih untuk menjaga keamanan, bukan sebagai individu korban yang dia
relakan.
Ada beza antara
merelakan diri menjadi korban dengan memilih untuk mempertahankan sesuatu.
Pilihan Itachi memang berat, iaitu sama ada untuk memilih kampung ataupun
puaknya. Dia pun tahu, kalau secara individu, memang tidak semua yang setuju
dengan rancangan Fugaku, tetapi secara kolektif begitulah. Bukannya Itachi
tidak tahu. Pilihan yang berat itu, dia berkehendak untuk memilih yang menjadi
tujuan kewujudannya menjaga Konoha, bukan merelakan diri menjadi korban kerana
Konoha.
Seterusnya, pada
peringkat awal, kita akan melihat Itachi adalah seorang yang paling teruk
kerana sanggup membunuh puaknya sendiri yang masa itu kita sangka demi untuk
mendapatkan Mangekyou Sharingan. Selepas segalanya didedahkan, kita akan dapati
Itachi sebagai seorang hero sebab sanggup berkorban untuk Konoha, which bagi
aku istilah 'sanggup berkorban' agak tidak sesuai untuk Itachi sebab Itachi
memilih bukan pasrah.
Itachi memilih
untuk membentuk diri dan kewujudannya dengan mempertahankan Konoha melalui
pembunuhan puaknya sendiri. Bukan kerana dia mahu mengorbankan hidup dan
identitinya demi Konoha.
Jadi, anda rasa
dia seorang hero Konoha?
Entahlah, bagi
aku, kalau dia seorang yang 'berkorban' mungkin dia kelihatan lebih heroic
kerana sanggup mengorbankan kehidupannya di Konoha untuk melindungi kampung
itu. Tetapi, sebab kalau ikut definisi existentialism yang aku letakkan pada
Itachi, kelihatannya Itachi agak less heroic sebab dia tidak berkorban apa-apa,
cuma itu pilihan dia mahu buat macam itu walaupun ia pilihan yang berat.
Melainkan dia membunuh Sasuke juga sebab Itachi sangat sayangkan Sasuke.
Ni pendapat beliau...korang tak stuju xde masalah..hahaha