Uchiha Madara
adalah shinobi yang cintakan keamanan dan tidak sukakan peperangan. Kalau
Madara tiada sifat ini, Konoha tidak akan wujud dengan kerjasama Senju
Hashirama. Sepanjang proses untuk membina kampung, Madara kehilangan
adik-adiknya. Akhir sekali, sejurus peperangan antara Senju dan Uchiha
berakhir, satu-satu adiknya yang tinggal, Izuna pula mati.
Kematian Izuna
mengubah telah mengubah sikap Madara, lalu mengalir dalam tubuhnya Sumpahan
Kebencian yang menjadi simbol sumpahan keluarga Uchiha. Puak Uchiha sebenarnya
adalah puak yang mempunyai sifat penyayang dan persahabatan yang sangat tinggi,
tetapi apabila orang yang dicintainya (keluarga) mati, cinta tersebut akan
disulami dengan kebencian, itulah Sumpah Kebencian tersebut.
Sepanjang
perjalanan hidup Madara selepas itu, dia berkesimpulan dunia ini tidak akan
pernah berhenti berperang. Dia mendakwa semua orang mahu mempertahankan kemanan
telah mangakibatkan peperangan yang berterusan. Sebab itulah dia mahu
mengaktifkan Infinite Tsukuyomi supaya semua orang dapat hidup aman secara
mutlak tanpa penderitaan.
1. Benthamian
utilitarian
Utilitarian
moden dibentuk oleh Jeremy Bentham, iaitu seorang ahli falsafah dan ahli
politik Britain sebagai sebuah idea dalam gerakan politiknya. Falsafah ini
membawa idea akibat dan pengakhiran sebagai kayu ukur kemoralan suatu tindakan.
Pengakhiran yang baik dan memberikan kebahagian semua orang adalah kebaikan
tertinggi dalam falsafah utilitarian. Maka, apa-apa tindakan yang menuju ke
arah tersebut adalah betul dan tidak salah.
Walaupun mungkin
ramai pembaca melihat Madara sebagai seorang 'villain', tetapi bagi aku dia
adalah seorang anti-hero, iaitu non-konvensional hero. Matlamatnya hanya tidak
mahu lagi putaran peperangan ini berterusan dan mahu mencapai keamanan mutlak
tanpa penderitaan.
Maka, Madara
akan lakukan apa saja asalkan matlamat itu tercapai. Bagi dia, apa yang
dilakukan itu tidak salah kerana niatnya adalah baik, samalah sepeti idea
utilitarian. Tambahan lagi, Madara hanya mahukan tail beasts untuk mengaktifkan
Infinite Tsukuyomi tersebut. Dia tak perlu lakukan aksi memusnah dan membunuh.
Segala kemusnahan dan pembunuhan yang berlaku kerana shinobi seluruh dunia mahu
menghalang rancangannya. Jadi, boleh tak kita kata Madara cuba untuk
'mempertahankan diri dan rancangannya'? Lagipun rancangan itu tidak bersifat
peribadi.
2. Messiah
Complex
Messiah Complex
adalah salah satu bentuk kompleks psikologi dalam diri individu yang
mempercayai dirinya ditakdirkan untuk menyelamatkan umat manusia. Kompleks
psikologi ini terbentuk hasil daripada penderitaan delusi yang merasakan
dirinya lebih berkuasa daripada orang lain.
Dalam kes anime
Naruto, setiap pemilik Mangekyou Sharingan mempunyai Messiah Kompleks.
Mangekyou Sharingan hanya mampu dimiliki setelah orang yang mereka sayang mati
dalam keadaan tragik, biasanya dalam peperangan. Setelah itu, Sumpahan
Kebencian terbentuk lalu terbentuklah Mangekyou Sharingan.
Kita boleh lihat
ciri-ciri Messiah Kompleks ini dalam diri Indra Otsutsuki (Uchiha Ancestor),
Uchiha Fugaku (Ayah Sasuke), Uchiha Sasuke dan Uchiha Madara sendiri yang
merasakan nasib puak mereka terletak di tangan mereka. Tambahan lagi, batu
tablet yang terletak di kuil puak Uchiha hanya dapat dibaca oleh mereka yang memiliki
Mangekyou Sharingan. Di tablet tersebut ada menyatakan, Infinite Tsukuyomi
perlu diaktifkan untuk menyelamatkan puak Uchiha.
3. Absolute
Peace.
Di sini barulah
kita munculkan persoalan, adakah kemanan mutlak tanpa penderitaan itu wujud?
Peperangan besar
dan berterusan mula berlaku ketika manusia mula mahir menggunakan chakra.
Keamanan pertama yang dapat dicapai oleh shinobi ini adalah ketika puak Uchiha
dan Senju menbuhkan Konoha. Pada masa yang sama, kampung-kampung lain mula
wujud. Setelah beberapa generasi, pelbagai regulasi dan diplomatik dijalankan
untuk memastikan perang dunia shinobi tidak berlaku lagi. Walau bagaimana pun,
ia tetap berlaku sebanyak tiga kali perang dunia. Termasuk
persengketaan-persengketaan dalaman seperti Uchiha dan Senju ketika zaman
Hokage Kedua.
Madara tidak
nampak penubuhan undang-undang dan regulasi ini sebagai bentuk keamanan yang
berterusan, malah ia adalah sebuah kitaran peperangan dalam bentuk yang
berbeza. Semua kage melaungkan keamanan dan mahu melindungi rakyat mereka,
tetapi peperangan menjadi solusi ke arah tersebut.
Dia juga tahu,
secara realitinya, keamanan itu tidak dapat dicapai, melainkan dengan ilusi.
Sebab itulah Madara mahu mengaktifkan Infinite Tsukuyomi di mana semua orang
dapat merasakan keamanan mutlak tanpa penderitaan dan peperangan. Tetapi
keamanan tersebut bersifat ilusi. Semua orang tidur dan bermimpi merasakan
keamanan palsu tersebut.
Maka, keamanan
mutlak itu tidak wujud.