Dalam anime
Naruto, macam-macam boleh hurai. Sebahagian besar watak-watak utama mempunyai
idea tersendiri, setiap kampung mempunyai sistem pemerintahan dan idea yang
tersendiri. Shikamaru merupakan watak penting dalam anime ini.
Personaliti
Shikamaru digambarkan sebagai seorang yang pemalas dan cuba lari daripada
masalah. Dia sering diletakkan jawatan sebagai pemimpin kerana inteleknya.
Maka, dua idea penting yang membentuk diri Shikamaru adalah intelek minda dan
tak mahu terlibat dalam masalah.
Ataraxia
merupakan aliran falsafah yang dibangunkan oleh Epicurus, seorang ahli falsafah
Yunani. Idea utama dalam falsafah ini adalah kebebasan berterusan daripada
sebarang bentuk kerisauan dan tekanan dunia. Selain itu, falsafah ini juga
membawa idea ketenangan minda pada waktu pertempuran. Ketenangan di sini lebih
terperinci bermaksud, kestabilan psikologi tanpa diganggu oleh sebarang bentuk
kesakitan dan gangguan emosi.
Dua idea utama
ini saja sudah menggambarkan personaliti Shikamaru. Shikamaru yang tidak gemar
terlibat dengan masalah, tidak mahu risau dengan perkara bukan-bukan kerana,
bagi dia hal itu menjerat kebebasan dalam makna hidupnya.
Shikamaru sangat
cemburu dengan awan dan berharap dia dapat menjadi awan kerana bebas
berterbangan tanpa diganggu oleh sebarang bentuk kerisauan dan tekanan hidup.
Dalam
pertempuran, senjata utama Shikamaru adalah mindanya. Inteleknya sendiri yang
menjadikan dia seorang shinobi yang disegani. Ketika pertempuran dengan Tayuya
yang menggunakan gangguan ilusi sebagai teknik serangan, ia sedikit pun tidak
menganggu Shikamaru untuk terus berfikir dan menstabilkan mindanya walaupun
telah terjerat dalam ilusi tersebut. Kita boleh lihat hal yang sama ketika
berlawan dengan Temari dan Hidan.
Simbol jutsu
Shikamaru pula adalah bayangan (Shadow) yang tidak bersifat fizikal. Simbol
yang terdapat pada Shikamaru lebih dekat dalam keadaan minda dan roh.
Sebelum menuju
ke idea Ataraxia, Epicurus mengusulkan dasar dalam etika bahawa keseronokan
adalah kebaikan yang paling tinggi, tetapi ia haruslah dicapai dengan hidup
sederhana, menimba ilmu pengetahuan dan mengetahui kehendak dirinya.
Keseronokan bagi Shikamaru adalah untuk hidup sebagai seorang shinobi yang
sederhana dan normal. Dia juga suka baring memerhati awan di langit.
Antara sebab dia
tidak dapat menolak misi-misi penting kerana masalah dalam misi tersebut
menganggu keseronokan hakikinya. Walaupun begitu, Shikamaru masih mengambil
jalan yang sederhana dan tenang ketika menjalankan misi tersebut.