Tahukah anda Naruto memiliki konsep awal yang sangat berbeza dengan yang sekarang yang kita tahu? Bahkan cerita awal Naruto "versi yang berbeza" pernah dikeluarkan oleh Masashi Kishimoto di Akamaru Jump pada tahun 1997.
Dalam Oneshoot tersebut dikisahkan bahawa Naruto bukanlah anak Hokage ke-4 yang di dalamnya dikunci Kyubi, tetapi Naruto adalah anak dari raksasa Kyubi itu sendiri.
Terdapat 9 orang yang sanggup mengunci kekuatan Kyubi Naruto, dan 9 orang tersebut merisikokan nyawa mereka demi mengunci Naruto. Sementara watak mirip Rikudo/Hokage ke-3 adalah salah satu dari 9 orang yang sanggup mengunci keganasan Kyubi.
Untuk mengelakkan agar Naruto tidak menjadi siluman yang jahat seperti ayahnya, lelaki mirip Rikudo tersebut meminta Naruto untuk hidup berdampingan dengan manusia dan mencari teman sebanyak-banyaknya.
Sangat berbeza sekali bukan??? Bahkan ayah Naruto di sini diceritakan sebagai iblis yang jahat, sementara dalam Naruto yang kita kenal, ayah Naruto adalah Hokage ke-4 sang pahlawan Konoha. Namun isi dari cerita masih tetap sama, PERSAHABATAN.