Kita semua sedia maklum bahawa watak Orochimaru dan Kabuto merupakan dua watak yang jahat dalam siri Naruto. Orochimaru merupakan salah seorang lagenda Sannin merupakan guru dan mentor kepada Kabuto. Kita sering melihat mereka berdua bersama-sama melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Shinobi.
Kedua-dua watak ini sebenarnya merupakan watak yang baik pada awalnya namun bertukar menjadi jahat di atas beberapa sebab. Jadi kita akan membincangkan mengapakah mereka berdua ini dimaafkan selepas perang dunia Shinobi ke-4 tamat.
Orochimaru telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Shinobi semasa perang itu berlaku. Orochimaru merupakan seorang yang amat diperlukan apabila tiba masanya. Sebagai contoh, Orochimaru seorang sahaja yang boleh menggunakan Edo Tensei selain Kabuto telah menggunakan teknik itu untuk menghidupkan kembali para Hokage yang lepas untuk membantu gabungan Shinobi untuk menentang Madara dan Obito. Dengan bantuan itu, para Shinobi telah mendapat semangat dan kejayaan sebelum kemunculan Kaguya. Ini adalah sebab mengapa Orochimaru dibiarkan bebas dan tidak dihukum.
Kabuto pula setelah dia terkena jurus Inazami yang dilakukan oleh Itachi yang telah membuatkan dia sedar tentang kebenaran kehidupannya dan mengubah cara hidupnya. Semasa perang Shinobi ke-4 dia telah bertanggungjawab memulihkan Sasuke daripada mati dengan Ninjutsu perubatannya.
Dia juga telah kembali ke rumah anak yatim tempat yang pernah dia tinggal untuk memberikan sumbangan dan menjadi penjaga rumah tersebut. Kabuto telah menjadi dirinya sendiri bukan lagi seperti dibawah pengaruh Orochimaru dahulu.
Kedua-dua mereka ini telah menjadi orang yag baik. Dengan kemahiran yang mereka ada sumbangan mereka sangat diperlukan oleh Konoha dan dunia Shinobi.