Jadi siapakah yang menjaga Naruto sehingga dia cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri? Ini adalah satu soalan dan plot yang sangat menarik yang tidak pernah dipenuhi. Ayuh kita bincangkan!!
Jawapan yang pertama mengikut logik kemungkinan besar Naruto ditempatkan di rumah Anak Yatim Konoha. Akan tetapi tidak mungkin Naruto akan tinggal di sana. Perkara ini disebabkan oleh selepas serangan Kyuubi terhadap Konoha sudah tentu ramai kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa ditempatkan di rumah anak yatim itu.
Naruto yang merupakan seorang Jinchiruki sememangnya bahaya untuk dia tinggal bersama-sama dengan kanak-kanak lain dan penghuni rumah anak yatim tidak mahukan dia tinggal bersama mereka. Jadi rumah anak yatim telah menolak untuk menjaga Naruto, maka siapakah yang akan menjaganya?
Kemungkinan juga Jiraiya yang menjaga Naruto sehingga dia boleh menjaga dirinya sendiri kerana Jiraiya adalah "datuk" Naruto kerana dia orang yang bertanggungjawab memberikan nama Naruto. Namun jika dilihat kepada kesibukan Jiraiya yang selalu tiada dalam Konoha kerana menjejaki Orochimaru dan menghadapi ancaman yang lain. Mungkin Jiraiya pernah menjaga Naruto tetapi dalam tempoh masa yang sekejap dek kerana kesibukannya. Jadi siapakah yang menjaga Naruto seterusnya??
Kemungkinan yang paling besar orang yang menjaga Naruto adalah Hiruzen Sarutobi iaitu Hokage Ke-3. Jika pernah lihat Sandaime pernah memberikan Naruto duit belanja untuk Naruto gunakan bagi keperluannya. Kushina pernah minta dia untuk menjaga Naruto sebelum dia mati. Ya itu ketika dia sudah boleh berfikir tetapi sebelum itu mungkin Hiruzen telah menghantar Anbu untuk menjaga Naruto kerana dia sibuk dengan urusannya sebagai Hokage.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ibu Sasuke juga pernah menjaga Naruto kerana hubungan persahabatannya dengan Kushina.
Kesimpulan yang dibuat adalah Hiruzen merupakan orang yang paling banyak menjaga Naruto ketika kecil dibantu oleh Jiraiya dan Mikoto.