Adakah Naruto Akan Mati Untuk Boruto? Siri Anime Naruto telah tamat dengan happy ending. Dan sekuel dari cerita Naruto iaitu Boruto sudah keluar movie dan anime.
Apa yang akan terjadi kepada watak utama kesayangan kita beserta pahlawan Konoha lain? Seperti Lee, Tenten, Shikamaru, Ino, Sasuke, Hinata, Shikamaru dan lainnya?
Masashi Kishimoto, pencipta Naruto sepertinya tiada keraguan untuk “membunuh” karakter popular seperti Neji dan Jiraiya untuk menyempurnakan kisah Naruto ini.
Untuk menyempurnakan kisah berikutnya, tentunya kita boleh mengagak kesimpulan sementara “pasti ada yang mati” bahkan banyak lagi yang akan terkorban.
Kerana masih banyak baki musuh terdahulu yang masih hidup, tentunya para generasi muda di Naruto harus memiliki kemampuan tinggi untuk menumpaskan ex-enemy tersebut.
Movie Boruto dimulakan dengan ujian Chunin, berbanding kisah Naruto dimulai dari awal.
Jadi, jika dibuat kisah mengenai Boruto, apa yang akan dan harus diangkat dari kisahnya? Musuh terbaru ketika kelima negara sudah tenang dan damai?
Tentunya korang semua sudah mengetahui mengenai Kawaki yang menyebabkan “kehancuran” Konoha dan bahkan “membunuh” Naruto. Benarkah kejadian ini akan terjadi?
Banyak fans percaya mengenai kematian Naruto dan Sasuke yang berjuang bermasa-sama dan akhirnya mati.
Boleh sahaja, kematian Naruto hanya sebuah “gertakan” creator agar fans tetap menantikan kisah selanjutnya. Boleh sahaja, Kawaki kalah dan dikunci dengan kerjasama Shinobi terkuat di Konoha atau bahkan mendapat bantuan dari negara lain.
Musuh lain boleh datang dari kampung kecil yang mula berkembang, misalnya kampung Suara ingin balas dendam ke Konoha dan sebagainya.
Dalam anime Naruto sendiri, “kisah sedih” sering digunakan creator untuk menambah perisa dalam anime ini.
Kesimpulannya, masih menjadi misteri. Apakah Masashi Kishimoto lebih memilih Naruto mati supaya membuatkan kisah Boruto ini “bagus” sama seperti kisah Naruto ketika Minato meninggal dan bangkit kembali dan meminjamkan kekuatannya untuk meyakinkan Kurama?
Nah, sebagai fans yang sabar dan baik hati, kita hanya boleh berharap agar cerita Boruto selanjutnya dapat menjadi cerita yang terbaik bagi para peminat setia Naruto