Siapa Mitsuki? Anak Orochimaru dari isteri yang mana?
Penggemar setia Naruto dan Boruto pastinya mempunyai persoalan siapakah karakter misteri ini.
Dalam movie Boruto, ia dibuat menjadi watak yang terkuat diantara para watak baru anime Boruto. Ia juga memasuki team Konohamaru bersama Sarada dan Boruto.
Mitsuki memiliki ciri-ciri fizikal dengan rambut putih dan kulit putih pucat menyerupai Orochimaru, serta mata berwarna kuning. Sedangkan sifatnya sangat tenang dan playful, berbeza dengan Sarada yang berperangai seperti Boruto.
Nah, sifatnya sendiri agak mirip dengan Orochimaru kecil yang tenang namun hebat. Ia juga sangat jahil terhadap kelakuan nakal Jiraiya. Nah, kerana makin misteri sebegini maka syok untuk dibahaskan. Siapakah Mitsuki?
Mungkinkah Orochimaru menggunakan salah satu sel Otsutsuki mengingat rambutnya sama sama putih? Namun sayangnya berbeza diletak kening. Mitsuki memiliki kening nipis, berbeza dengan kening milik klan Otsutsuki pada umumnya.
Siapa Mitsuki? Darimana ia berasal? Dalam Naruto Gaiden, disebut sedikit mengenai Mitsuki yang merupakan murid pindahan (entah dari desa mana) yang akhirnya masuk dalam sekolah akademi ninja Konoha.
Dalam Gaiden pun diceritakan bahawa, Shin Uchiha dan kawan-kawan merupakan hasil ciptaan Orochimaru yang gagal. Namun, pada akhirnya Mitsuki merupakan salah satu ciptaan yang berhasil oleh Orochimaru. Boleh jadi juga, sel Orochimaru digabungkan dengan Shin sehingga menjadi Mitsuki yang sekarang. Boleh juga sel kabuto yang tertinggal saat perang dunia lalu.
Dalam Gaiden, terdapat sosok tubuh ‘mirip mitsuki’ didalam tabung laboratorium dimana sel tersebut menyerupai Mitsuki namun objek tersebut bukanlah Mitsuki.
Dalam akhir cerita movie Boruto the Movie, dikatakan oleh Mitsuki sendiri siapa Mitsuki. Ia memiliki orang tua yang dapat menandingi kekuatan ayah Boruto dan ayah Sarada, orang tuanya bernama Orochimaru.
Dalam manga, skillnya sendiri sangat hebat, mulai dari memanjangkan badan, dan sesekali terlihat menggunakan ‘sage mode’ ular yang membuat lawannya ketakutan,
Sayangnya sampai sekarang belum diperkenalkan dalam anime. Kira kira ia akan muncul dalam episode yang akan datang. Apakah dia yang selama ini membuat Kaminarimon Denki dan Metal Lee menjadi marah? Siapapun dirinya, mari kita tunggu kemunculan dan aksi hebatnya!