Sebagaimana kita ketahui, seri animasi Crayon Shinchan ini penuh dengan humor yang berasal dari kenakalan tingkah laku Shinchan. Tapi tahukah anda bahawa, dibalik seri Crayon Shinchan ini terdapat kisah tragis yang sangat sedih. Kisah teragis ini tentu sudah merupakan “Urban Legend” bagi masyarakat jepun.
Crayon Shin-chan (クレヨンしんちゃん Kureyon Shinchan) (dikenali sebagai Dik Cerdas di Malaysia) merupakan siri komik dan anime yang direka oleh Yoshito Usui. Siri ini mengisahkan gelagat seorang budak berumur lima tahun dan keluarganya yang berlatarkan sebuah rumah di bandar Kasukabe, Saitama, Jepun.
Kebanyakan gelagat lucu dalam siri ini berasaskan penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak tidak semulajadi, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang bukan berbahasa Jepun, maka para penterjemah di merata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk melitupi kesulitan ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang sepatutnya.
Jalan-jalan cerita yang dipancarkan dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang dilakar dalam komiknya. Rancangan anime ini telah menghadapi kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat
The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh perbezaan di antara mereka. Khasnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma berasaskan ketidakendahannya untuk berkelakuan yang baik yang berpada-pada dengan umurnya.
Punca kontroversi siri Crayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya.
cerita pertama Berhembus khabar bahawa, Yoshito Usui terinspirasi untuk menulis kisah Crayon Shinchan dari seorang ibu bernama Misae yang sangat merindukan anak laki-lakinya yang bernama Shinosuke. Shinosuke meninggal pada usia 5 tahun karena kecelakaan. Diceritakan bahwa saat itu Shinosuke dan adiknya tengah berjalan-jalan. Entah apa yang berikutnya terjadi adik dari Shinosuke mermain ke jalanan dan nyaris saja dilanggar kereta. Kemudian Shinosuke dengan dengan cepat menyelamatkan adiknya. Namun, nahas kereta dengan sangat laju sehingga Shinosuke dan adiknya mati ditempat kejadian. Ayah dan ibu Shinosuke yang sedih atas kematian anaknya menemukan sebuah krayon milik Shinosuke didalam keretanya. Konon, hal tersebutlah yang mendasari Yoshito Usui memberikan judul “Crayon Shinchan”.
manakala cerita kedua hampir sama yang berbezanya tentang lukisan crayon itu dilukis oleh ibunya yang mengalami trauma atas kematian. misae atau ibu kepada shinosuke melukis peristiwa-peristiwa bersama anak-anaknya dengan menggunakan crayon .