Hai Semua..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Harini admin terasa rajin sikit nak buat artikel pasal rambut setiap watak yang ada dalam Naruto. Bukan semua tetapi sebahagian jela yang admin nak kongsi dan pertikaikan. Nak tahu lebih lanjut jom baca kat bawah ni.
Sebenarnya benda macam ini yang sangat simple sepatutnya tak perlu pun dibincangkan. Tetapi bagi admin, ini sesuatu yang patut dikongsikan kepada korang semua. Sebabnya apa adalah kerana admin perasan bahawa setiap watak mempunyai warna rambut yang berbeza-beza.
Korang perasan atau tidak bahawa rambut bagi watak yang berjantina lelaki akan mempunyai warna yang sama seperti warna rambut bapanya. Sebagai contoh, Naruto rambutnya berwarna kuning sama dengan warna rambut bapanya, Minato padahal warna rambut ibunya merah. Namun rambut Naruto tiada langsung berwarna merah.
Begitu juga halnya kepada Boruto, dia mewarisi warna rambut Naruto bukannya warna rambut Hinata. Pelik juga kan. Gaara pun begitu mengikut warna rambut ayahnya. Shikamaru lagi hebat bukan sahaja warna yang serupa malah bentuk rambutnya turut sama dengan ayahnya. Kakashi dan ayahnya juga mempunyai warna rambut yang sama iaitu putih.
Watak yang berjantina perempuan pula akan mewarisi warna rambut ibu mereka. Himawari mempunyai rambut yang berwarna hitam sama seperti Hinata. Begitu juga dengan Temari yang rambutnya kuning sperti ibunya.
Namun begitu, ada juga watak yang mempunyai warna rambut yang tidak sama seperti kedua ibu bapa mereka. Contoh paling sesuai adalah Konkuro. Hmmm mengapakah begitu ye?
Mungkin Mashashi Kishimoto ingin memudahkan kerjanya dalam mereka bentuk watak yang ada dalam Naruto. Rambut lelaki ikut warna ayah manakala yang perempuan pula sebaliknya. Atau mungkinkah ada rahsia disebaliknya mengapa pencipta anime Naruto ini melakukan sedemikian. hmmm Kena tanya dia sendirilah kalau nak tahu :D