Didalam Naruto, banyak karakter yang berpotensi menunjukkan kuasa terhebat miliknya malah mampu menguasai teknik yang dimiliki jika dididik dengan baik. Namun, watak tersebut telah dimatikan oleh Masashi Kishimoto sebagai jalan cerita di dalam siri Naruto.
Ketahui watak mana yang berpotensi untuk menonjolkan kuasa yang hebat jika masih hidup ?
Nawaki
Merupakan adik kepada Tsunade. Cucu kepada Hashirama. Dan juga boleh dikatakan puak Senju terakhir. Nawaki juga memegang cita-cita sepertimana Naruto iaitu mahu menjadi Hokage dan sikapnya juga seakan-akan dengan Naruto. Admin pasti dia akan jadi kuat malah setanding dengan Ninja-ninja hebat jika masih hidup.
Neji Hyuga
Neji boleh dikatakan genius antara semua yang genius. Dia telah menguasai matanya, Byakugan pada umur 13 tahun saja. Neji boleh dikatakan genius didalam menggunakan teknik mata serta Taijutsu yang dipelajari. Namun Masashi telah mematikan wataknya sehinggakan kemungkinan banyak lagi teknik yang perlu ditonjolkan. Adakah Hanabi yang akan dinaikkan sebagai teknik dari puak Hyuga ?
Haku
Haku merupakan rakan kongsi atau karib bagi pemedang lagenda, Zabuza. Boleh dikatakan dia ialah puak terakhir dari puak Yuki di Kirigakure. Dia dilatih oleh Zabuza ketika masih kecil lagi. Haku salah seorang yang berbakat dengan pelbagai teknik yang boleh dia kuasai.
Yagura
Merupakan Mizukage ke 4 Kirigakure. Merupakan Jinchuuriki yang sempurna bagi ekor tiga, Isobu. Yagura masih muda, namun usianya muda tersebut, dia telah menjadi seorang Kage. Hebatkan ? Banyak lagi kuasa dan ninjutsu serta teknik-teknik lain yang belum ditonjolkan oleh Yagura.
Kimimaro
Kimimaro ni salah seorang dari puak Kaguya. Kimimaro ini sangat hebat, tetapi dia juga mempunyai penyakit. Penyakitnya tidak pasti. Walaupun dia sakit, tapi dia mampu berlawan dengan Rock Lee dan Naruto pada siri Naruto. Sudah pasti, dia hebat bukan ?
Uchiha Izuna
Merupakan adik kepada Uchiha Madara. Merupakan salah seorang dari 2 orang uchiha ketika masa itu yang mampu membangkitkan Mangekyou Sharingan. Dia sangat berkuasa luar biasa dan menjadi kebanggan bagi puak Uchiha. Dia juga sudah mencapai tahap kuasa milik abngnya, Madara namun dia telah ditewaskan oleh puak senju, Tobirama yang mana adik kepada Hashirama Senju.
Uchiha Shisui
Merupakan ninja Jounin dan salah seorang puak Uchiha. Dikenali salah seorang puak Uchiha terhebat ketika masa itu. Dia telah mengorbankan nyawanya sendiri dengan membawa haluan setelah matanya telah dirampas oleh Danzo. Dia boleh jadi puak Uchiha yang hebat jika dia hidup hingga kini. Dia juga mempunyai Mangekyou Sharingan pada tahap maksimum dan mampu membangkit banyak teknik-teknik lain dengan mata yang dimilikinya.
Minato Namikaze
Merupakan Hokage ke 4 bagi Konoha. Memang tidak boleh dinafikan ia antara paling kuat dalam senarai nama ini. Dia juga mati pada usia yang muda iaitu pada umur 24 tahun. Dia juga berpotensi untuk belajar banyak perkara lagi serta teknik-teknik yang lain, namun dia telah mengorbankan nyawanya demi keluarga serta kampungnya. Admin yakin dia mampu menjadi lebih kuat lagi jika masih hidup.