Kebanyakan pemilik kucing yang baik hati pasti akan mengalami saat-saat sedikit seram bila mana
kucing comel kesayangan mereka tanpa sebab telah melakukan serangan ke atas mereka.
Ada kucing yang akan memerhati kaki tuannya yang sedang berjalan,
kemudian mencari titik-titik kelonggaran, lantas menyambar tanpa banyak
bicara. Ada juga kucing yang cepat bosan bila pemiliknya mengusap
beberapa ketika, lantas akan melakukan gigitan atau cakarannya yang
adakalnya agak menyakitkan.
Nah, pasti anda sedang mengangguk-angguk bersetuju dengan penulisan ini kan?
"Betullah admin. Saya buat baik dengan mengusap kucing saya atas dasar
nak manja-manja je. Tapi si comel saya tu mencakar saya pula. Apa hal?
Saya merana dan kompius(confuse) sekarang. Resah gelisah saya nak buat
keputusan. Trauma tau. Trauma." kata seorang wanita, pemilik kucing yang
menekup mukanya kehampaan tadi.
Jangan risau puan! Setelah membaca dan bertanya kepada yang lebih arif,
berikut adalah beberapa faktor kenapa kucing anda menyerang.
Kucing Anda Memerlukan Perhatian!
Adakalanya
kucing comel anda memerlukan perhatian daripada anda
pemiliknya. Jika anda sedang berada di suatu kawasan di dalam rumah yang
jauh daripada kawasan kucing anda dan tiba-tiba kucing anda menyerang
ada, ini membawa maksud yang kucing kesayangan anda ini mermerlukan
perhatian anda. Ini adalah fenomena biasa yang boleh dikatakan sering
terjadi ketika anda sedan duduk membaca suratkhabar, bercakap di
telefon, ketika anada sedang berada di ruang komputer anda dan ketika
anda sedang berjalan.
Menurut pakar, jika kucing anda berkelakuan sedemikian, anda perlulah
mweujudkan masa bermain dan memberikan perhatian yang lebih kepada
kucing kesayangan anda itu. Jika kucing menyerang, jangan berikan
perhatian padanya. Nampak seperti mengarut bukan? Tapi belum cuba belum
tahu. :)
Kucing Anda Memang Suka Bermain!
Kebanyakan kucing mempunya tenaga yang berlebihan. Meskipun kucing
menghabiskan sehingga 80% daripada hari mereka untuk tidur, ketika
mereka terjaga, mereka berharap untuk dilayan. Anak kucing umumnya
bersedia untuk bermain pada bila-bila masa.
Menurut pakar, jika
kucing comel anda berkelakuan sedemikian,
anda perlu juga mewujudkan masa bermain yang berkualiti bersamanya.
Ketika kucing anda sendirian, tinggalkan mereka dengan mainan kucing
agar mereka dapat bermain dengannya. Pastikan anda menukar mainan kucing
setiap hari ketika ia sendirian, agar ia tidak cepat bosan. Anda juga
boleh melatih mereka untuk memburu makanan mereka kerana ini sedikit
sebanyak akan mengisi pemikirang mereka.
Keagresifan Kucing Anda Berubah Hala!
Apa maksudnya ni admin oit? Begini, jika kucing comel anda sedang marah
atau sedang takut dalam sesuatu keadaan, lantas anda mengganggunya,
mereka boleh menyerang anda. Tujuannya bukan untuk menyakiti anda tetapi
hanya untuk melepaskan pengumpulan tenanga. Ini adalah perkara biasa
terutama bila kucing anda melihat kucing yang lain atau diganggu kucing
yang lain atau diganggu oleh kanak-kanak. Kemarahan atau ketakutan yang
disimpan akan dilepaskan pada sesiapa sahaja yang mengganggunya ketika
ini.
Menurut pakar, jika kucing anda berkelakuan sedemikian, anda mesti
berhati-hati sebelum anda mendekati atau ingin mengangkat ia. Ditakuti,
gigitan padu dan cakarn maut akan menghinggap anda. Jika berlaku dan
keadaan memaksa anda untuk mengangkat kucing anda itu, balut lah ia
dengan tuala sehingga ia tidak boleh menyerang. Kemudian letakkanlah ia
di satu sudut yang selamat dan tenang agar ia dapat bertenang.
Kucingkan Haiwan Pemangsa!
Bermain adalah amalan untuk kehidupan sebenar dan apabila
kucing comel anda menyerang suasana bahagia anda, sebenarnya mereka hanya ingin memburu. Ini adalah tindakan menurut naluri kucing.Ya, sifat semulajadi kucing.
Di antara perkara yang boleh anda lakukan jika kucing anda berkelakuan
sedemikian adalah menggalakkan kucing anda untuk memburu mainan yang
sesuai yakni yang kelihatan seperti mangsa. Ikatkan tali yang
bersesuaian di pinggang anda bersama dengan mainan yang boleh dijadikan
mangsa di hujung tali yang satu lagi. Kemudian tarik tali tersebut dan
berjalan di sekitar kawasan rumah anda. Pasti kucing anda akan mengejar
mangsanya itu dengan kenikmatan yang hakiki. Kalau taknak ikat di
pinggang pun tidak mengapa sebenarnya. Ikut citarasa masing-masing lah.
Kucing Anda Sedang Mengalami Masalah Kesihatan!
Jika kucing anda kebiasaannya tidak terlalu suka bermain dan tidak
terlalu agresif, maka serangan yang dilakukan mungkin menjadi petanda
yang ia sedang kesakitan atau mempunyai keadaan kesihatan yang perlu
disiasat oleh doktor haiwan. Kucing yang lebih tua mungkin menderita
artritis.
Jika sedemikian kelakuan kucing anda yang mana keagresifannya terlampau
jitu, maka bawalah ia berjumpa dengan doktor haiwan anda.
Kesimpulannya
Walau apa pun yang membuatkan
kucing comel kesayangan anda
menyerang anda tanpa sebab musabab yang munasabah, janganlah anda
meng"karate"(dengan izin) kucing anda itu sesuka hati. Kucingkan tak
berakal seperti manusia.. Kenalilah kucing anda agar anda mudah untuk
mengetahui masalah yang sedang ia hadapi. Jika tekanan sangat seperti
puan yang di atas tadi, jumpalah doktor haiwan dan berbincanglah dengan
mereka bagi mendapatkan solusi.
Kucing anda sering menyerang anda tanpa sebab? Kongsilah dengan kami pengalaman berharga anda itu!