Si suami berjanji akan terus bersama isterinya yang sudah lima bulan meninggal dunia itu.
Seorang lelaki di China membuat keputusan untuk menyimpan mayat isterinya di dalam sebuah keranda berisi ais kerana tidak sanggup melepaskannya.
Jiang Maode, 53, berjanji akan terus bersama isterinya yang sudah lima bulan meninggal dunia itu.
Isterinya, Yang Huiging, meninggal dunia akibat penyakit leukimia, Disember lalu.
Maode, yang rutinnya setiap hari adalah membakar kemenyan di sebelah keranda isterinya itu berkata, dia tidak sanggup melepaskan isterinya, malah sudah berjanji akan sentiasa berada di sisinya.
"Sebelum dia meninggal, dia meminta saya agar membawanya pulang ke rumah. Apabila saya beritahunya yang dia akan berada di rumah kami selama-lamanya, saya nampak dia sangat gembira," kata Maode.
Setiap hari, Maode akan berbual dengan mayat Huiging, seolah-olah isterinya itu masih hidup.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes ini, memandangkan undang-undang di China yang hanya membenarkan mayat disimpan selama lima hari.