Seperti yang kita ketahui, Naruto mendapat tangan palsu untuk menggantikan tangannya yang hilang ketika melawan Sasuke.
Dan untuk pengetahuan korang, sebenarnya Guy juga mendapatkan kaki baru. Tapi kaki tersebut tidak berfungsi.
Agar lebih mudah difahami, mari kita bandingkan dengan Naruto.
Naruto boleh menggunakan tangan palsunya dengan sesuka hati seperti tangan asalnya sendiri.
Tangan palsunya berfungsi sangat sempurna dan tidak memiliki masalah seperti pada pertarungan melawan Momoshiki mahupun Toneri. Dan untuk kes cikgu Guy, kaki palsunya ada tapi itu sekadar untuk penampilan luaran saja dan tidak berfungsi.
Lebih lanjut lagi, mari kita lihat tahap kerosakannya. Lengan Naruto hancur sampai tingkat molekuler. Sama seperti Kakuzu yang dihancurkan menggunakan RasenShuriken. Sementara Guy kakinya tidak hancur melainkan hangus terbakar. KEcederaan keduanya adalah berbeza.
Jadi jangan berfikiran bahawa cikgu Guy tidak layak mendapat kaki palsu. Hal itu tidak mungkin terjadi. Guy adalah Jonin yang terkenal di Konoha. Maka seharusnya dia mendapatkan layanan yang istimewa.
Terlebih dahulu pada saat itu yang menjadi Hokage adalah sahabatnya dan juga merupakan rivalnya iaitu Kakashi. Tidak mungkin Kakashi membiarkan sahabatnya hanya duduk di kerusi roda sepanjang hidupnya. Hal itu pasti akan sangat membosankan bagi Guy yang memiliki semangat jiwa muda.
Berbeza dengan Sasuke. Sasuke sendiri memang tidak mahu mendapatkan tangan palsu. Ia ingin menebus kesalahannya di masa lalu.