Memang kelakar bila kita tengok gelagat kucing apabila mereka mengunyah dan bercakar-cakaran dengan kotak. Antara sebab kenapa kucing suka kotak dan menggigit-gigit kotak ialah:
BOSAN
Sesetengah kucing mengunyah kotak kerana bosan. Mungkin ketika itu mereka tidak ada objek untuk bermain.
NALURI
Kucing juga mempunyai naluri pemangsa untuk memburu dan membunuh. Jadi, mereka akan mengunyah bahagian kotak atau merobek dengan kuku mereka untuk memenuhi naluri ini. Kesannya, kucing akan terkena radang gusi ataupun kehilangan gigi.
DIET
Antara sebab lain adalah diet. Adakah kucing anda mendapat makanan yang mencukupi? Adakah makanan anda sediakan cukup untuk keperluan kucing anda? Periksa label makanan kucing untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sesetengah makanan mempunyai tambahan perasa lebih daripada pemakanan yang sebenar untuk kucing anda. Maknanya anda perlu bagi lebih daripada yang sepatutnya kepada kucing anda.
PENANDA KAWASAN
Sama seperti anjing yang suka untuk "menanda tempat mereka", kucing juga boleh meninggalkan "wangian" mereka kepada benda lain. Mengunyah di atas kadbod mungkin cara kucing anda berkata "Saya berada di sini" atau "I was here".
BAU KOTAK
Bau kotak juga boleh menjadi sati faktor. Cuba anda ingat apa yang anda letak dalam kotak tersebut sebelum ini, mungkin bau makanan. Jadi sebab itulah mereka kunyah kotak itu.
Apa yang perlu dilakukan:
1. Pastikan kucing anda tidak tertelan kuantiti kotak itu. Periksa bibir, gigi , dan gusi untuk keradangan, pendarahan, gigi yang hilang atau longgar, Jika ada gejala ini, sila hubungi doktor haiwan untuk pemeriksaan.
2. Sediakan mainan untuk mereka bermain supaya mereka tidak bosan atau stress.
3. Cuba habiskan masa 5 hingga 10 minit bermain, bermanja, membelai kucing anda supaya mereka tidak sunyi.