Organisasi Pelancongan Nasional Jepun (JNTO) menerbutkan satu peta anime Jepun berbahasa Inggeris menunjukkan tempat-tempat yang mempunyai kaitan dengan siri anime. Peta ukuran 60x40cm ini boleh dilipat dan dicetak sehingga 10 ribu keping serta boleh dimuat turun,
Ia mengandungi maklumat seperti muzium dan taman hiburan bertema anime seperti Sanrio Puroland dan Muzium Manga Antarabangsa Kyoto, maklumat tentang pusat membeli-belah bertema anime seperti di Akihabara di Tokyo, Bandar Elektrik Osu di Nagoya dan Nipponbashi di Osaka serta tempat-tempat yang pernah menjadi latar untuk siri anime.
Maklumat untuk tempat berlangsungnya acara anime dan tempat untuk membeli buah tangan turut dimasukkan.