Empat hari sebelum perasmian, seragam para kakitangan untuk taman tema Tokyo One Piece Tower telah didedahkan di media Jepun. Dibuat berdasarkan idea-idea dari pencipta manga asalnya iaitu Eiichiro Oda.
Seragam tiga jenis untuk kakitangan lelaki dan wanita ini dirancang dengan motif lanun dan penduduk pulau. Tokyo One Piece Tower didirikan di Tokyo Tower , menara tertinggi kedua di Jepun dan memiliki pelbagai pertunjukan karakter secara langsung, pelbagai jenis tarikan yang menampilkan karakter utamanya, restoran, dan gedung untuk cenderahati.
Tiket masuk telah dijual dengan harga tiket untuk dewasa adalah 3000 Yen (Rm91) serta 1500 Yen (46) untuk kanak-kanak berusian di antara4-12 tahun.