Semasa berlangsung acara Wonder Festival 2015 (Musim sejuk) atau Winter WonFes, Good Smile Racing dan Team UKYO telah melancarkan kereta lumba terbaru mereka untuk musim Super GT tahun ini dan seperti yang diharapkan, Racing Miku dengan rekaan barunya inspirasi dari Ksatria telah menjadika ratu pelumbanya.
Kereta lumba baru ini dibuat berdasarkan pada Mercedes BenzSLS AMG GT3 MY15dan ditaja oleh banyak perusahaan figura terkenal seperti Banpresto, Feeing, Gift, dan Max Factory, serta Nitroplus dan tentu saja Good Smile Company dan Crypton Future Media.
\
Para pamndu dari Team UKYO yang menyertai perlumbaan adalah sama seperti tahun lalu iaitu Nobuteru Taniguchi dan Kataoke Tatsuya. Miku mungkin adalah ratu perlumbaan dari Good Smile Racing, tapi ia bukan satu-satunya kerana mereka juga telah memperkenalkan wanita cantik lainnya dari Team UKYO yang juga turut membantu dalam memperkenalkan kereta tersebut.