Adakah anda tahu? Sakuragi Hanamichi dalam animasi 'Slam Dunk' adalah karektor manusia sebenar.
Sakuragi dilahirkan pada tahun 1968 dikalangan keluarga biasa. Disebabkan kematian ibunya ketika dia masih kecil, Sakuragi banyak meluangkan masa di jalanan dan sudah biasa dengan kekerasan di jalanan justeru dia tidak takut kepada sesiapapun. Pada usia 12 tahun Sakuragi memiliki ketinggian 175cm dan badan yang sangat kuat.
Ketika di sekolah menengah, Sakuragi telah bergaduh dan membelasah teruk ahli-ahli persatuan sukan dan seni bela diri di sekolahnya. Hal ini membuatkan jurulatih persatuan bola keranjang amat tertarik dengannya.
Pada usia 17 tahun, Sakuragi bersama pasukan bola keranjangnya telah berjaya memberi saingan yang sengit kepada pasukan kebangsaan Jepun. Dia tidak takut langsung dengan perbezaan saiz tubuh pasukan lawannya yang lebih besar dan tinggi.
Scene bola keranjang Jepun sangat meriah dan diminati ramai ketika itu. Sakuragi telah diberi gelaran "harapan bola keranjang Jepun" kerana Sakuragi mempengaruhi minat dan bakat orang lain di dalam sukan itu. Sayangnya ketika dia berumur 18 tahun, ayahnya telah jatuh sakit. Dalam perjalanannya ke hospital Tokyo untuk melawat ayahnya, Sakuragi telah terlibat dalam satu kemalangan yang membuatkan dia koma dan meninggal dunia tidak lama selepas kemalangan itu.
Scene bola keranjang Jepun telah hancur selepas kematian Sakuragi. Pemain dan peminat tidak lagi bersemangat seperti dulu. Takehiko Inoue telah mengambil watak dan serba sedikit cerita tentang Sakuragi ini sebagai karektor utama di dalam animasi "Slam Dunk" untuk memupuk kembali semangat Sakuragi dalam jiwa rakyat Jepun.