Apabila bercakap tentang penciptaan serta bentuk Devil Fruit (buah ajaib), Oda berkata, "Ianya inspirasi dari Doraemon, kesemua inspirasi datang dari kehidupan harian. Misalnya Gomu Gomu no Mi milik Luffy dicipta sebab terlalu malas untuk bangun dari kerusi untuk ambil sesuatu, dan alangkah bagus kalau saya dapat panjangkan tangan saya!"
Menurut Oda lagi, "Dia berikan buah Hana Hana no Mi kepada Robin kerana dia juga mengimpikan tangan yang banyak yang dapat melukis pada masa yang sama". Kebanyakan Devil Fruit yang dimakan oleh karakter wanita sangat relevan dengan apa yang paling diingini oleh wanita sebenar.
Misalnya, Sube Sube no Mi milik Alvida mempunyai kuasa mengubah penampilan Alvida secara keseluruhan.
Tidakkah ini yang wanita selalu harapkan!?
Sebelum One Piece disirikan di majalah Weekly Shonen Jump, Oda berdepan dengan masalah untuk hasilkan manga dan ini mengakibatkan dia sangat sedih serta kecewa sehingga tidak mampu turun dari katilnya. Oda mengakui sebaik saja One Piece dihasilkan.