Sebuah artikel yang diterbitkan oleh Chengdu Daily News mendakwa Doraemon, manga popular oleh duo Fujiko F. Fujio serta sebuah pameran yang baru-baru ini diadakan di China yang menampilkan Doraemon hanyalah usaha Jepun untuk menumbangkan budaya China.
Dalam artikel ini, penulis mengatakan bahawa pameran memiliki "makna menyeramkan yang tersembunyi" dan tema acara tentang rasa hormat dan persahabatan adalah hipokratik semata-mata, berdasarkan dengan tindakan yang pernah dilakukan oleh Jepun sebelum ini.
Penulis turut mendakwa watak ini adalah "tirai" untuk alihkan perhatian tindakan Shinzo Abe dalam pemerintahannya.Namun, reaksi pembaca China telah bercampur di mana terdapat dakwaan penulis cuba memburukkan watak ikon kanak-kanak popular ini.
Hubungan antara China dan Jepun semakin tegang sejak akhir-akhir ini dengan meningkatnya ketegangan yang timbul dari sengketa lama berkait dengan dakwaan ke atas pemilikan Pulau Senkaku/Diaoyu dan meningkatkan kehadiran dakwaan tentera di Laut China Timur serta kecaman dari tindakan pemerintahan Shinzo Abe yang didakwa tidak peka pada orang China.