19-10-2015
Teksi tanpa pemandu mungkin akan menjadi satu perkara biasa di Jepun sedangkan kerajaan negara matahari terbit menyokong ujian ke atas kenderaan awam tersebut pada tahun depan.
Jepun ingin menunjukkan kekuatan teknologinya menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan teksi tanpa pemandu juga boleh memberikan bantuan kepada isu pengangkutan di Tokyo. Ujian bakal melibatkan perjalanan dari Tokyo ke bandar Fujisawa yang terletak tidak jauh dari ibu negara.
Dalam ujian peringkat awal, syarikat media sosial dan permaianan, DeNA memerlukan penyertaan 50 individu. Rintangan terbesar rancangan ini adalah Akta Trafik Jalan Raya yang menyatakan bahawa "orang mesti berada di tempat duduk pemandu semasa kereta bergerak".
Memandangkan pihak kerajaan merupakah salah satu pendorong ujian teksi tanpa pemandu ini, dijangka akta ini akan diubahsuai demi membolehkan segalanya berjalan dengan lancar.