Dalam era zaman tahun 90-an, Dragon Ball Z ini merupakan anime yang paling ramai digemari dari seluruh dunia dan menjadi tarikan utama pada ketika itu. Kita mungkin selalu melakukan aksi yang sama seperti teknik Kamehameha bersama kawan-kawan. Selain itu, anime ini juga menyelitkan beberapa pengajaran yang peminat tegar Dragon Ball Z patut tahu.
Ini antara yang anda patut tahu daripada anime klasik ini:
1. Berlatih akan buat anda jadi kuat
Tak kira lah apa orang nak katakan, semakin kuat anda berlatih dan berusaha, semakin kuat dan hebat anda akan jadi. Ini lah dikatakan di mana ada usaha, di situ ada jalannya.
2. Latihan Graviti
Sememang kita tengok dalam anime ini, Goku dan Vegeta akan berlatih dalam bilik yang menggunakan teknologi dengan mengubah graviti tempat tersebut. Dan mereka menetapkan dengan kadar 100 lebih kuat daripada graviti Bumi.
Mungkin anda patut berlatih juga, bukan dengan gunakan teknologi Graviti ni, tapi dengan dapat bangun awal pagi untuk solat Subuh...hehe
3. Anda bukannya orang Saiya
Mungkin ramai yang antara peminat pada masa kecil-kecil dulu cuba untuk bertukar menjadi super Saiya, kan? Tak kiralah betapa kuatnya anda menjerit, langsung tidak ada kuasa saiya keluar melainkan hanya imaginasi anda sahaja.
4. Kawan Dari Pelbagai Jenis
Jika dibandingkan dengan DBZ ini, macam ni juga lah realiti hidup anda yang ada ramai kawan yang pelik-pelik.
5.Jadikan Anda lebih bersemangat
Walaupun anda rasa bosan, bila dengan adanya Dragon Ball Z ini, semangat anda mula membara dengan memberi sokongan bila Goku bertarung.
Dan gembira bila Goku menang lawan Frieza.
6.Ketagihan
Tanpa diduga, kekadang anda mungkin telah ketagih untuk menonton episod Dragon Ball dari satu babak ke satu babak yang lain kerana selalunya Dragon Ball akan bersambung. Bila emak anda suruh berhenti tengok 'kartun' tapi alasan anda hanya jawab; ini bukan 'kartun' biasa.
7. Manusia Berubah
Kalau nak tahu, manusia ini boleh berubah. Sama ada jadi lebih baik atau sebaliknya. Tapi Vegeta telah menunjukkan reaksi yang sangat mengejutkan dengan secara rela hati membunuh diri untuk mengalah Buu. Tapi malangnya Buu tetap hidup pada masa itu.
8. Ia melebihi 9000!!!
Kita telah pelajari bahawa sesuatu yang mustahil itu mungkin akan berlaku juga!
9. Jangan Mudah Mengalah!!!
Goku akan selalu dikenang dalam zaman kegemilangannya sehinggalah sekarang! Dan ingatlah dia tak pernah berputus asa untuk mengalahkan musuhnya dan tetap lawan dan lawan habis-habisan.
Caranya yang tidak mudah berputus asa, akan membimbing kita tak kira dimana kita berada!