1. Neji Hyuga
Neji awalnya seorang ninja yang kejam bila tanpa segan silu memusnahkan lawannya apatah lagi bila berlawan dengan Hinata. Dia tetap mahu melawan Hinata walaupun Hinata tidak mampu berlawan lagi. Naji kelihatan berubah apabila kalah berlawan dengan Naruto.
2. Gaara
Dianggap kejam apabila berlawan dengan Lee tanpa belas kasihan. Saat dimana kaki Lee hampir hancur. Sebelum itu juga Gaara pernah membunuh beberapa ninja dari kampung Hujan secara rahsia. Tetapi setelah bertarung dengan Naruto dengan pelbagai alasan yang diberikan, akhirnya sikap Gaara mula berubah. Selepas itu jugalah Gaara dilantik menjadi Kazekage ke 5. Pada masa itulah Gaara mula mendapat ramai kawan.
3. Karin
Karin pernah ditugaskan untuk menjaga penjara Orochimaru dan bekerja dibawah arahannya. Dan juga merupakan anggota Tim Taka. Dia mula menjadi lebih baik apabila Sasuke membunuh Danzo, dan pada saat itu juga dia dirawat oleh Sasuke kerana tercedera,
4. Itachi
Merupakan salah seorang dari anggota Akatsuki dan juga puak Uchiha. Dia juga pernah menyertai ANBU tetapi malangnya dia telah membunuh hampir semua puaknya sendiri kecuali Sasuke dengan alasan bahawa puaknya akan menyerang Konoha, Selepas di Edo Tensei oleh Kabuto, dia berjaya hilangkan dari cengkaman jurus tersebut,
5. Konan
Mampu menggunakan jutsu berasaskan kertas ketika berlawan dengan musuh dan merupakan ahli Akatsuki yang sangat terpengaruh, Selepas perlawanan antara Pain dan Naruto, Pain telah tewas dan sejak itu jugalah Konan mula sedar akan kesilapannya dan menghadiahkan bunga dari kertas kepada Naruto, Malangnya dia telah dibunuh oleh Tobi kerana dianggap sebagai pembelot.
6. Nagato
Merupakan salah seorang dari anak murid Jiraiya, Dipanggil dengan gelaran Pain dalam anggota Akatsuki. Dia memiliki Rinnegan yang mana ianya merupakan mata yang sangat istimewa. Dia pernah membunuh gurunya sendiri tetapi sedar akan kesilapannya dari harapan menggunung daripada Naruto.