Florida: Dua remaja yang memburu Pokemon lewat malam tadi nyaris terbunuh selepas kereta mereka ditembak seorang penduduk di sini.
Remaja berusia 19 dan 16 tahun yang nama mereka tidak didedahkan, memburu Marowak dan Tauros dalam permainan Pokemon Go apabila mereka meletakkan kereta di depan kediaman seorang lelaki pada jam 1.30 pagi semalam.
Pemilik rumah itu yang berumur 37 tahun terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising di luar.
Dia melihat sebuah kereta di luar rumah lalu mengambil pistol untuk menghalang apa yang disangkanya cubaan merompak.