Ya, dalam episod 479 daripada siri anime Shippuden dan juga pada Babak 699 dalam manga Naruto, Sasuke pernah memberitahu Sakura dan Kakashi bahawa dia merasai sesuatu yang tidak tenang dalam jiwanya. Jadi, dia inginkan jawapan apa yang bermain di dalam fikirannya sambil mengembara di seluruh dunia.
Jadi, dia rancang untuk tinggalkan kampung sendirian.
Apa yang memudahkan dia mengembara ialah adanya teknik matanya yang boleh merentasi dimensi yang mana Kakashi tidak mampu mengawalnya.
Dia juga ingin mengetahui tentang apakah tujuan Kaguya membentuk tenteranya iaitu Zetsu. Ini kerana dia memilki chakra yang banyak dan antara yang terkuat yang perlu dikalahkan.
Jadi, Sasuke mulakan perjalanannya, selepas beberapa tahun barulah dia pulang dan memberi tahu perkara sebenar apa yang berlaku kepada Kage dan Sakura. Penerangannya berkenaan teori Kaguya yang menjadi tanda tanya.
Sasuke mampu gunakan Rinnegan untuk mencari Istana Ais Kaguya. Dan disitu juga dia bertemu dengan Momoshiki dan Kinishiki.