Sekarang kami akan ceritakan sedikit tentang Sakura.
Daripada kisah Naruto, kita dapati bahawa setiap ahli dalam kumpulan 7 dilatih oleh Tiga Ninja Lagenda. Naruto bersama Jiraiya, Sasuke bersama Orochimaru dan Sakura bersama Tsunade.
Dari apa yang dapat kita tengok sekarang, kemungkinan kesemua mereka mampu untuk melepasi tahap guru mereka masing-masing serta memiliki teknik dan jurus yang berbahaya.
Sasuke bukan sahaja melepasi Orochimaru, bahkan mampu mengalahkan dan membunuh gurunya sendiri. Manakala, Naruto juga mampu mengusai Mod Pendeta dan juga mengawal Kyuubi dalam masa yang sama. Jadi, itu sudah tentu membuktikan mereka memiliki kuasa yang sangat hebat.
Jadi, fokus kali ini hanya pada Sakura. Memiliki teknik perubatan yang sama dengan Tsunade, dan kekuatan yang tinggi seperti Hokage kelima itu.
Dan yang lebih penting, Sakura ialah orang yang kedua yang mampu untuk kuasai 100 teknik perubatan. Teknik larangan yang dicipta oleh Tsunade hanya boleh dikawal dan dikuasai oleh Sakura sahaja.
Teknik ini berterusan apabila diaktifkan. Ini akan mampu menyembuhnya setiap kali tercedera secara langsung. Apa yang perlu untuk kuasainya hanyalah memiliki chakra yang banyak dan stabil.
Walaupun Sakura boleh dikatakan agak kuat dalam pelbagai teknik.
Tapi kebarangkalian untuk melepasi gurunya sendiri masih belum sampai. Berbeza dengan Sasuke dan Naruto yang memiliki teknik dan keistimewaan pada diri mereka.
Walau apapun, ini hanya pandangan sahaja. Harap anda terhibur! :-)