Kali ini akan dibincangkan tentang Katak atau Kodok dari Gunung Myoboku dari siri Naruto!
Gunung Myoboku juga dikenali sebagai Tanah Kodok, tempat di mana suci dan dijumpai oleh salah seorang yang hidup semasa zaman Kaguya! Gunung Myoboku juga merupakan tempat tinggal Kodok untuk mengusai kuasa Pendeta atau Senjutsu.
Manusia yang telah pergi ke sana adalah Jiraiya, Minato, dan Naruto yang mana kesemua mereka telah mempelajari Teknik Pendeta dari kodok tersebut. Jiraiya, Minato, dan Naruto juga mampu untuk membuat teknik penyeruan dengan mengikat kontrak dengan kodok agar boleh menyeru mereka pada bila-bila masa.
Antara nama kodok yang hidup di sana ialah :
Fukasaku
Gama
Gamabunta
Gamaden
Gamahiro
Gamaken
Gamakichi
Gamamaru
Gamariki
Gamatatsu
Gerotora
Kosuke
Shima
Jiraiya pernah menyeru Gamaken semasa bertarung dengan Pain.
Naruto telah memanggil Gamabunta, Gamaken, Gamahiro, Shima, Fukasaku, dan Gamakichi semasa berlawan dengan Pain juga.
Gunung Myoboku juga diketuai oleh Gamamaru dan dikatakan kodok tertua di sana. dan merupakan kodok yang hidup semasa zaman Kaguya lagi.
Naruto pernah dibawa ke sini untuk belajar Mod Pendeta untuk mengalahkan Pain. Naruto juga pernah menggunakan Minyak Kodok sebagai alat untuk mengumpulkan tenaga semula jadi.
Naruto belajar Taijutsu dari Kumite dan disini juga secara rahsia Naruto belajar melontarkan Rasen Shuriken nya yang mana telah dilarang oleh Tsunade.
Terima kasih semua kerana membaca! LIKE Dan SHARE jika anda terhibur!