Seperti yang kita tahu bahawa yang Keempat atau Yondaime pernah mengunci Kyuubi ke dalam badan Naruto. Dan dia juga mampu untuk mengurungnya bersama dengan chakra dirinya beserta dengan Kushina.
Kalau dilihat, cara ini juga pernah digunakan oleh Orochimaru.
Jika anda masih ingat, Yang Keempat pernah berborak dengan Naruto semasa hilang kawalan menentang Pain. Dia menceritakan bahawa dia melihat segala apa yang berlaku dari dalam badan Naruto.
Senang cerita, Minato berada dalam badan Naruto selama ini. Dia juga menyaksikan sendiri keperitan yang dilalui oleh Naruto. Mungkin dengan cerita tu, buatkan Naruto menumbuk perut ayahnya sendiri apabila bertemu.
Pernah tak anda terfikir benda macam ni terjadi? Dan selepas tu juga semasa Naruto berlatih di air terjun dia bertemu dengan Ibunya.
Sangat teruja apabila Minato mampu saksikan kesemuanya bersama Naruto sehinggalah dihidup kembali semasa perang shinobi bermula!