Untuk permulaannya, kami katakan ini hanyalah teori dan andaian semata-mata.
Uchiha Sarada merupakan anak kepada Sasuke dan Sakura. Dia merupakan Genin dan mampu mahir menggunakan taijutsu pada usia 12 tahun. Sarada juga mampu menggunakan teknik bebola api dan mampu menghidupkan Sharingan dengan 1 bulatan pada matanya.
Sarada merupakan satu-satunya keturunan Uchiha selepas Sasuke. Dan Sasuke telahpun memiliki Rinnegan, dia mampu untuk menjadi kebal seperti Madara dan Nagato. Dan untuk mengeluarkan Rinnegan seperti yang anda tahu seseorang itu perlu memiliki DNA Uchiha dan Senju. Tapi, Nagato mampu memilikinya kerana mungkin dia dari keturunan Uzumaki.
Kemungkinan dia akan memiliki sekiranya Sasuke memindahkan matanya kepada anaknya sendiri. Jadi kemampuan untuk dia mengawalnya adalah lebih baik.
Itu hanya andaian sahaja. Harap anda terhibur!