Ka... Me... Ha... Me... Haaaa... Tentu sudah tidak asing lagi di telinga korang teriakan seperti itu bukan??? Tentu saja, itu jurus yang sangat terkenak yang pernah ada dalam anime Dragon Ball. Jurus yang mampu menghancurkan satu planet dengan satu semburan semburan tenaga.
Tahukah anda, bahawa dalam siri Anime Dragon Ball, bukan sahaja Son Goku yang mampu menggunakan jurus Kamehameha. Ada beberapa karakter lain yang mampu menggunakan jurus ini juga. Siapa sajakah mereka??? Berikut adalah 7 karakter Dragon Ball selain Son Goku yang boleh menggunakan jurus kamehameha. Layan.
1. Pendekar Penyu (Master Roshi)
Dialah pencipta jurus fenomena ini. Perlukan masa hingga puluhan tahun untuk dapat menciptakan jurus ini, tetapi Son Goku kecil hanya perlu beberapa minit untuk menirunya. Haha...
2. Son Gohan
Dengan kamehameha, Son Gohan kecil mampu mengalahkan Cell yang berada dalam bentuk sempurnanya.
3. Son Goten
Semua keturunan Son Goku sepertinya mewarisi jurus maut ini. Termasuk anak bongsuGoku yang bernama Son Goten.
4. Krillin
Perlukan masa lebih lama dibandingkan Son Goku untuk Krilin mampu menggunakan kamehameha. Kurilin adalah teman seperguruan Son Goku kecil waktu belajar kepada guru Pendekar Penyu.
5. Cell
Kerana dibentuk dari gabungan DNA para pahlawan di alam semesta, termasuk DNA Son Goku, maka Android Cell juga mampu menggunakan jurus kamehameha.
6. Yamcha
Sama seperti Goku dan Krillin, Yamcha juga merupakan salah satu murid master roshi yang pada awal-awal episod juga sempat menggunakan kamehameha dalam pertandingan.
7. Majin Buu
Hanya dengan melihat Son Goku melakukan kamehameha, Majin Buu terus boleh menirukannya. Bahkan dengan kekuatan yang lebih mengerikan.