Rasengan merupakan jutsu yang dicipta oleh Hokage Keempat. Ia hanya memerlukan penggunaan chakra tanpa adanya simbolik tangan dengan pusaran chakra.
Chidori telah dicipta oleh Kakashi selepas gagal memasukkan elemen kilat dalam Rasengan. Ianya sangat pantas dan memerlukan simbolik pergerakan tangan untuk memulakan jutsu tersebut.
Bila kita tengok kali pertama pertarungan Sasuke dan Naruto, kelihatan kesan dan impak pada tangki air menunjukkan bahawa Rasengan lebih kuat berbanding dengan Chidori.
Rasengan lebih kepada hentaman dan kesan dalaman yang boleh mencederakan musuh dari dalam.
Manakala Chidori dengan kuasa kilat yang padu memberi kerosakan di depan mata sebaik sahaja ianya menyerang.
Rasengan juga kelihatan lebih kuat berbanding Chidori kerana:
Jiraiya memberitahu Kakashi yang ianya lebih berkuasa.
Kakashi memberi amaran kepada Sasuke bahawa ia mampu membunuhnya.
Sasuke sendiri mengaku akan kerosakan teruk pada tangki air.
Kesan Rasengan lebih kepada kemusnahan yang beri kesan lebih padat berbanding Chidori.