Konohagakure merupakan salah satu kampung yang terletak dalam Negara Api. Kampung ini mempunyai pelbagai perkara menarik mengenainya. Mari kita lihat apa yang menarik itu.
7. Kampung yang mempunyai 3 Dojutsu
Kampung Konoha mempunyai tiga jenis kekkei genkai Dojutsu iaitu Byakugan, Sharingan dan Rinnegan. Byakugan dimiliki oleh puak Hyuga manakala Sharingan pula dimiliki oleh puak Uchiha. Rinnegan pula dimiliki oleh Uchiha Madara dan Uchiha Obito yang berasal dari Konoha.
6. Kampung yang mempunyai Kage yang terkuat
Sebut sahaja nama Hashirama pastinya semua orang akan kenal dan kagum dengan dewa shinobi ini yang juga pengasas kampung Konoha. Tobirama, Hiruzen, Minato dan Tsunade semua merupakan Hokage yang kuat yang tidak jauh bezanya dengan Hashirama.
5. Kampung yang terdapat Puak Terkuat
Puak-puak yang terdapat dalam Konoha semuanya hebat-hebat seperti Uchiha, Hyuga, Sarutobi, Yamanaka, Nara dan lain-lain lagi.
4. Pengguna Mod Pendeta banyak dari Konoha
5 orang yang diketahui menggunakan mod pendeta berasal dari Konoha iaitu Jiraiya, Naruto, Hashirama, Kabuto dan Minato.
3. Kampung Pembuat Onar
Uchiha Madara, Obito, Sasuke, Kabuto, Itachi dan Orochimaru semua mereka berasal dari Konoha. Pernah membuat onar kepada orang lain.
2. Kampung yang mempunyai tempat-tempat yang terkenal
Konoha mempunyai tempat yang dikenali oleh penduduk kampung lain seperti kuil Naka, Kuil Topeng Puak Uzumaki dan Kedai Ichiraku Ramen.
1. Kampung Masashi Kishimoto
Masashi Kishimoto lahir di sebuah kota kecil bernama Nagi di daerah Katsuta, Okoyama, Jepun. Masashi menyatakan bahawa Konoha adalah model dari kampung halamannya yang terletak di Kota Nagi.