Klan Uzumaki merupakan antara klan yang terkenal dalam dunia anime Naruto. Namun sayang apa yang diketahui klan ini telah mengalami kehancuran yang teruk yang berlaku beberapa sebelum debut anime ini. Maka ini adalah kisah menyayat hati yang dialami oleh klan Uzumaki.
Klan Uzumaki diketahui merupakan klan yang ahlinya yang mempunyai simpanan chakra yang banyak dan memiliki pasukan yang begitu kuat. Klan ini juga mempunyai kebolehan yang mengagumkan dalam jutsu pengunci yang menyebabkan klan mereka diancam. Hal ini kerana klan ini mampu mengunci semua jutsu yang dimiliki oleh shinobi lain yang akan menjadikan mereka satu-satunya klan yang mampu menggunakan jutsu. Maka tidak hairanlah mereka diancam walaupun mereka semua berkelakuan baik.
Dalam dunia Naruto terdapat golongan seperi Danzo yang dahagakan kuasa dan akan melakukan apa sahaja demi menghapuskan ancaman. Boleh jadi apa yang berlaku kepada klan Uzumaki mempunyai persamaan dengan apa yang terjadi kepada puak Uchiha. Disamping itu, puak Uzumaki juga musnah akibat daripada serangan mengejut pakatan dunia shinobi.
Hanya sedikit sahaja ahli puak ini yang masih hidup itupun mereka yang berada di luar kawasan penempatan puak mereka semasa serangan berlaku. Puak ini tidak mempunyai sebarang keinginan pun untuk mengancam keamanan dunia shinobi malah mempunyai hubungan yang rapat dengan puak senju dan Konoha. Ahli puak ini terdiri daripada mereka yang baik dan bagus.
Hubungan baik mereka dengan puak senju tidak dapat menghalang pakatan lain untuk menghancurkan semua puak mereka. Seperti yang berlaku kepada puak Ohara dalam One piece yang didalangi oleh World Government begitulah apa yang berlaku ke atas puak Uzumaki. Ini memang satu perkara yang menyayatkan hati yang telah terjadi dalam anime. Jika puak Uzumaki tidak dihancurkan maka sudah tentu mereka akan menjadi antara puak yang begitu berpengaruh dan kuat.