Sementara orang
masih belum dapat 'move on' daripada Naruto lagi, aku nak kongsi tentang
beberapa watak dalam komik itu. Antaranya, Might Guy.
Aku tak memilih
Rock Lee sebab penampilannya sebagai guru (sensei) tak ditonjolkan. Aku juga
tak memilih Might Dai (ayah Might Guy) sebab kemunculannya cuma sekejap saja.
Tak banyak perkara yang boleh digarap berbanding Might Guy.
Dalam watak
Naruto, kita akan kagum dengan watak-watak yang genius seperti Sasuke dan
Kakashi. Kita juga akan kagum dengan watak yang cerdik seperti Shikamaru. Watak
yang analitik seperti Shino. Juga watak-watak yang cantik seperti Hinata dan
Sakura.
Pada peringkat
awal, watak yang tidak berbakat dan 'hodoh' akan cuba ditenggelamkan, iaitu
watak seperti Might Guy dan Rock Lee.
Menarik ke rupa
Might Guy? Rambut mangkuk dan berkening tebal. Yalah, mula-mula orang takkan
'suka' dengan watak ini.
Tambahan lagi
watak ini pula adalah watak yang tidak genius. Tak pandai ninjutsu dan
genjutsu. Seorang yang gagal semasa berada di akademi. Might Guy gagal banyak
kali ketika di akademi.
Tetapi Guy
mempunyai disiplin yang sangat kuat untuk memperbaiki dirinya. Dia meletakan
peraturan sendiri (self-rule) kalau jadikan dia seorang yang ekstrem dalam
berdisiplin.
Kau bayangkanlah
dia buat macam ini. Kalau dia tak dapat berlari 500 pusingan, dia akan berjalan
guna tangan sebanyak 500 pusingan. Kalau dia tak dapat jalan guna tangan 500
pusingan, dia akan 'push-up' 500 kali. Kalau dia tak dapat buat 'push-up', dia
akan gunakan jari dia.
Dia menetapkan
sejenis hukuman pada dirinya untuk menjadikan diri dia kekal berdisiplin.
Ayahnya cuba
mendidik Might Guy menjadi seorang yang berada pada peringkat 'PhD' kalau ikut
istilah masa kini. Kebanyak ninja konoha masa itu adalah 'jack of all trade',
iaitu menguasai kepelbagaian ilmu ninja.
Tetapi Might Guy
cuma boleh ber'taijutsu' yan mana ninja-ninja lain juga mampu. Yang membuatkan
Might Guy istimewa adalah dia memperkukuh taijutsu tersebut sehingga ke
peringkat yang mampu dicapai oleh sesiapa pun.
Kalau kita ikut
fahaman akademik dunia kita, biasanya peringkat sarjana muda (degree), kita
akan menguasai pelbagai subjek di bidang kita. Tapi bila kita sudah sampai ke
peringkat doktor falsafah, kita cuma akan fokus pada satu perkara saja, kita
akan gali sedalam-dalamnya disiplin ilmu tersebut.
Begitulah
bagaimana Might Guy mendapat pengiktirafan sendiri daripada Madara sebagai
ninja yang kuat selepas Hashirama. Kakashi sendiri akui Guy lebih kuat
daripadanya.
Lebih elok
apabila kita pakarkan satu-satu ilmu daripada menguasai kesemuanya. Ini
pendapdat peribadi kerana kita tak mempunyai masa untuk menguasai segala jenis
ilmu pengetahuan. Bila kita cuba untuk menguasai kesemuanya, kita tak mempunyai
masa untuk menjadi pakar.
Sekurangnya kita
dapat memberikan sumbangan juga apabila kita mempunyai kepakaran.
Kisah Guy ini
nak mengajar kita bagaimana usaha dan disiplin dapat menewaskan mereka yang
genius dan berbakat. Bagaimana kau yang mempunyai rupa yang hodoh pun, orang
dah tak pandang apabila kau mempunyai sebuah kecemerlangan.
Tenggelamnya
watak ini pada peringkat awal nak beritahu orang begini memang sentiasa tak
dipandang dan sentiasa disisihkan oleh kita. Kita cuma akan pandang dan sanjung
budak pandai dan genius.
Kita akan selalu
sebarkan kisah-kisah betapa geniusnya orang itu. Kita akan selalu memberikan
bengkel dan kelas-kelas tambahan pada pelajar-pelajar kelas sains tetapi
kelas-kelas belakang diabaikan.
Aku pernah
menjadi cikgu. Memang sakit mengajar budak yang kurang pandai dan tak berbakat.
Sangat penat. Tetapi Might Guy semasa menjadi guru, tak pernah sisihkan pelajar
seperti ini iaitu Rock Lee.
Persaingan
antara Guy dan Kakashi menjadi simbolik bahawa orang yang berusaha ini mampu
bersaing dengan mereka yang genius. Menjadi simbol mereka yang betul-betul
berusaha ini mampu mengatasi mereka yang genius.
Setelah Might
Guy menjadi guru, Might Guy sanggup mendidik orang sepertinya iaitu Rock Lee
untuk menjadi ninja yang hebat.
Apa yang kita
boleh belajar soal didikannya?
Might Guy
mencari potensi dalam diri Rock Lee. Aku fikir ini adalah asas penting dalam
memahami anak didikan. Tak kiralah anak didikan itu anak sendiri ataupun murid
di sekolah.
Kenali potensi
itu, lalu diasahkan menjadi tajam. Sebagai guru ataupun ibu bapa, aku fikir,
kita tak sepatutnya meminta anak didik menjadi sesuatu yang mereka sendiri
memang tak mampu nak buat.
Kalau anak cuma
tahu melukis dan tak pandai jadi jurutera, tajamkanlah apa yang anak itu tahu
iaitu melukis sampai dia jadi pelukis legenda.
Kalau anak cuma
tahu bersastera dan tak pandai akaun, tajamkanlah apa yang ana itu tahu iaitu
bersastera sampai dia jadi sasterawan yang dikenali.
Begitulah apa
yang Might Guy cuba lakukan ke atas Rock Lee. Kenali potensi Rock Lee, lalu
ditajamkan sehingga ninja-ninja kampung Pasir turut kagum dengan Rock Lee yang
mampu memecahkan pertahanan Gaara yang masa itu dia ada orang pertama yang
lakukan begitu.
Kesayangan Might
Guy pada Rock Lee menjadikan simbolik yang pelajar bodoh seperti Rock Lee patut
diberikan perhatian lebih. Pelajar inilah yang patut diberikan bengkel. Yang
patut diberikan kelas tambahan supaya menjadi manusia yang berguna.
Kesimpulannya,
kalau anda rasa diri anda paling tak pandai, ingatlah Might Guy dan Rock Lee
pernah rasa benda yang sama. Tapi usaha dan disiplin yang menjadikan mereka
kuat.
Teruskan
berusaha. Paling penting disiplin dan percaya pada diri anda sendiri.