Memandangkan TP
ada sentuh tentang anime bukan hanya untuk kanak-kanak, jadi saya nukilkan
artikel ini, khas untuk peminat anime dalam kalangan admin-admin TP sendiri dan
juga followers.
Fullmetal
Alchemist Brotherhood (FMAB), antara anime yang sangat epik dalam kalangan
komuniti peminat anime. Masakan tidak kerana rating FMAB adalah antara yang
tertinggi dalam kalangan komuniti anime! Muzik yang power, animasi yang cantik
(kudos to Bones) dan plot yang bagus, semua itu adalah resepi bagi cerita yang
menarik. Namun, ramai yang tak tahu anime ini padat dengan falsafah-falsafah
yang berat seperti falsafah Nietzsche, Descartes dan Plato. Ada sebab kenapa
penulis dan pelukis FMAB, Hiromu Arakawa ambil masa selama 7 tahun untuk buat
masterpiece ini.
Anime ini
berkenaan pengembaraan adik-beradik Elric, Edward (Ed) dan Alphonse (Al) dalam
mencari jalan untuk kembalikan tubuh mereka dan konspirasi poltik yang
ditemukan oleh mereka.
TEMA 1: Ubermensch,
manusia super.
Dalam falsafah
Nietzsche, beliau telah memperkenalkan watak Zarathusta ( Thus Spoke
Zarathusta) yang merupakan seorang pendeta/nabi. Kalau anda ada ikut penulisan
saya sebelum ni, saya ada terangkan tentang kelas Moraliti Hamba dan Moraliti
Tuan. Moraliti Hamba ialah herd morality, mereka yang memilih untuk menjadi
pasif tanpa berfikir secara rasional berkenaan impaknya terhadap moraliti.
Conformist. Moraliti hamba ialah mereka yang cuba memberi makna tentang
kehidupan, mencipta nilai murni dan membawa peradaban manusia ke arah yang
lebih baik. Non–conformist. Zarathusta membicarakan tentang Tuhan itu sudah
mati. Sekiranya Tuhan sudah mati, maka moraliti apakah yang patut kita ikut?
Itulah persoalan Zarathusta. Mereka yang memilih untuk bermoraliti Tuan inilah
Ubermensch.
Dalam dunia
FMAB, salah seorang daripada golongan Ubermensch itu ialah Father, watak
antagonis utama. Father, secara literalnya, cuba untuk menjadi Tuhan. Asalnya
Father ini hanyalah entiti lemah, namun menjadi lebih kuat setelah menyerap
lebih 500,000 roh manusia sebagai Philosopher’s Stone. Hal ini secara tak
langsung menjadikan Father sebagai makhluk kekal abadi. Dalam usaha untuk
menjadi Tuhan, Father telah membuang segala sifat dan kehendak manusia dalam
dirinya, melahirkan Homonculus, dan juga menjadi Ubermensch
dengan mencipta
nilai moraliti yang baru.
Selain daripada
Father ialah Ed. Ed asalnya ialah kanak-kanak yang naïf (lemah) dan disebabkan
kenaifannya, jasad dia dan Al menjadi mangsa. Dalam pengembaraannya, Ed melihat
bermacam tragedi dan kebahagian dan daripada ini moraliti Ed dicipta. Berlainan
dengan Father, Ed memilih untuk menolong manusia sekaligus menjadikan Ed
seorang Ubermensch yang sebenar. Antara tugas Ubermensch menurut Zarathusta
ialah untuk menolong manusia ke arah yang lebih baik. Di akhir cerita, Ed
dengan bantuan orang ramai berjaya kalahkan Father yang sudah berjaya bersatu
dengan Tuhan.
Nota kaki:
- Zarathusta
dalam falsafah Nietzsche bukanlah Zarathusta dalam agama Majusi.
- Antara Ubermensch
yang diiktiraf oleh Nietsche ialah Nabi Muhammad disebabkan budaya Islam yang
tinggi dan juga usaha Nabi dalam melawan kezaliman orang Arab zaman tu. Selain
itu ialah Gautama Buddha dan Nabi Isa.
TEMA 2: Dualiti
jasad-minda dan keabadian roh
Menurut ahli
falsafah Rene Descartes, jasad dan minda ialah dua entiti yang berbeza.
Descartes berpendapat bahawa minda mampu hidup di luar jasad dan badan tak
mampu berfikir. Jasad dan minda bersifat antagonistik terhadap masing-masing
tapi mampu bekerjasama.
Tema ini kita
dapat lihat apabila roh Al dijasadkan kepada baju besi setelah badannya hancur
diambil Kebenaran. Sama juga seperti kes Ling dimana badannya menjadi jasad
kepada roh Ling dan roh Greed. Greed pada asalnya mempunyai jasad namun telah
dihancurkan oleh Fuhrer Bradley/Wrath sampai jadi Philosopher’s Stone ( roh
Greed). Ini bermakna, roh itu abadi tapi bukan bagi jasad.
Tema ini
mengingatkan saya tentang presentation RKA saya di UIA, berkenaan pengklonan
manusia. Sahabat saya bertanya, sekiranya manusia berjaya diklonkan, adakah
klon itu mempunyai personaliti yang sama seperti yang original? Jawapannya
ialah tidak. Roh dan jasad itu berlainan. Memandangkan roh itu tunggal, unik
dan abadi, maka personaliti klon itu akan jadi berbeza, sekalipun jasadnya 100%
sama. Jasad akan hancur dan dibangkitkan kembali pada Hari Kiamat, tapi roh
akan tetap menjadi unik dan abadi. Yang akan ditanya nanti bukanlah jasad, tapi
roh di Hari Kiamat kelak.
TEMA 3:
Kebenaran,Moraliti dan Keadilan Mutlak
Kebenaran, atau
Tuhan dalam dunia FMAB berfungsi untuk menjadi regulator kepada alkimia dan “
Equivalent Exchange”. Sekiranya ada makhluk yang cuba melakukan Transmutasi
Manusia, makhluk ini akan dibawa ke pengadilan Kebenaran dan posesi paling
berharga bagi makhluk itu akan dirampas. Father menganggap perkara ini ironik
kerana Kebenaran memberikan pembalasan yang dahsyat kepada mereka yang
melanggar prinsip Equivalent Exchange. Misalnya, tubuh dan roh Al dirampas
kerana cuba untuk hidupkan ibunya, Izumi Curtis hilang rahim kerana cuba utuk
hidupkan anaknya dan Father hilang kewujudan dirinya sebab cuba menjadi Tuhan.
Ironi ini
sebenarnya bermaksud konsep kebenaran mutlak. Minda manusia ini mempunyai
batas. Kita selama-lamanya takkan mampu untuk memahami kebenaran mutlak dan
sekaligus moraliti mutlak. Ini bermakna, kita takkan mampu untuk memahami
moraliti mutlak kepunyaan Tuhan, dan moraliti Tuhan ialah keadilan mutlak.
Disebabkan itulah tindak tanduk Kebenaran FMAB ini ironik atas sebab kegagalan
manusia dalam memikirkan dan memahami zat Tuhan.
TEMA 4: The
Meaning of Life and Existentialism.
*Untuk segmen
ini, saya akan berbahasa Inggeris. Payah nak diterjemah secara literal.
Izumi Curtis
once asked the young Ed and Al about an existentialist question. What is the
value of life? Both of them famously said: Life is valuable enough.
Life is painful,
but if we managed to endure and endeavor against it, then we will realize how
bountiful Life is. Ed, Al et al struggled against all the odds that can be
fatal to them until they achieved their ultimate goal(s). They braved
themselves against Death, meaning that they completely understood the meaning
of Life. The meaning of Life depends on how meaningful Death is to us. Hence,
only those who are near to Death are the closest to the meaning of Life. At the
end of the day, as Death creeps in, we will realize that life is indeed
valuable and meaningful enough.
TEMA 5:
Perulangan Abadi, Eternal Recurrence.
*Tema ni
sebenarnya berkait dengan Tema 4, tapi saya bezakan untuk senang baca.
Kembali kepada
Nietzsche, beliau pernah bertanya: Apa yang anda akan buat kalau hidup ini akan
berulang selama-lamanya? Adakah anda akan gembira atau sedih? Apakah yang akan
anda lakukan kalau memang hidup ini sentiasa berulang? Maksud saya tentang
perulangan ini ialah apabila kita mati, kita akan dihidupkan dengan setting
yang sama seperti dulu. Sekiranya anda mati dengan sejarah hidup yang
menyedihkan, maka pada kehidupan seterusnya anda akan dihidupkan dengan setting
yang buat sejarah hidup anda sedih.
Menurut Arthur
Schopenhauer, hidup sengsara dalam kitaran abadi ialah benda yang paling menyeksakan.
Oleh itu, Nietzsche mengatakan bahawa sekiranya hidup kita menyedihkan, maka
kita wajib memberi makna kepada kehidupan. Apabila kita hidup kembali, kita
perlu tingkatkan lagi kualiti kehidupan kita.
Perkara ini
dapat diperhatikan dalam watak Hohenheim, ayah Ed dan Al, asal Father dicipta
dan seperti Father, Hohenheim juga memiliki lebih 500,000 nyawa manusia
terkandung dalam jasadnya. Pada asalnya, Hohenheim menyumpah takdir dirinya
sebab terpaksa hidup kekal abadi dengan kesengsaraan roh-roh yang mendiami
tubuhnya.
Selepas beberapa
abad, Hohenheim bertemu dengan seorang wanita yang mengajarnya unutk kekal
positif dalam kehidupan. Wanita itu kemudiannya menjadi isterinya dan
melahirkan Ed-Al. Bermula daripada sinilah Hohenheim bertekad untuk memberi
makna pada hidupnya yang sentiasa berulang dan kekal abadi. Hasilnya, Hohenheim
dengan bantuan roh-roh yang sebelum ini sengsara dalam kehidupan yang berulang,
bekerjasama dalam mengalahkan Father. Akibatnya, Father gagal menjadi bersatu
dengan Tuhan dengan sempurna. Hohenheim akhirnya mati dengan bahagia di hadapan
kubur isterinya setelah berjaya memberi makna terhadap kehidupannya. Hohenheim
mati kerana cas dan roh Philosopher’s Stone dia hanya tinggal satu, rohnya
sendiri.
Tamat sudah
analisis saya berkenaan anime Fullmetal Alchemist:Brotherhood. Kalau ikutkan
saya masih tak puas hati lagi sebab banyak sangat elemen falsafah FMAB, jadi
saya berhenti takat sini sahaja. Until next time!