Selepas aku tulis pasal
kesimpulan dan tema teras komik 'Naruto', adalah juga orang komen-komen 'Naruto
lebih baik daripada drama TV3 pukul 7'. Selalunya 'drama' yang dimaksudkan
berkenaan 'cintan-cintun'.
Dalam 'Naruto' pun ada
'cintan-cintun' juga. Naruto dan Hinata. Sasuke dan Sakura. Shikamaru dan
Temari. Sai dan Ino. Minato dan Kushina.
Cinta paling kuat diberikan
perhatian adalah antara Naruto dan Hinata. Aku boleh kata filemnya 'Naruto: The
Last' seperti jelas mengisahkan cinta antara Naruto dan Hinata. Bukan fokus
pada misi ataupun pergelutan kelurga nenek-moyang keluarga Hyuga sangat pun.
Cinta yang dibawa oleh mereka
bukan sekadar cinta ucapan 'saya sayang awak'. Bukan benda-benda 'awak okey?'.
Bukan berkisar cemburu-cemburu. Bukan juga berkisar cinta monyet seperti Sakura
dan Sasuke. Juga bukan cinta seperti yang dibawa oleh pasangan lain dalam
kalangan kawan-kawan Naruto. Bukan cium-cium. Bukan sanjung-sanjung buta.
Hinata menyajikan kepada kita
tentang kelengkapan. Orang selalu kata cinta tak perlu masing-masing sempurna,
tetapi melengkapi antara satu sama lain.
Semasa kanak-kanak, Hinata tidak
mempunyai keyakinan (confident) dan selalu ragu dengan kebolehan dirinya. Beban
ini ditambah lagi apabila dia bakal menjadi pewaris keluarga utama Hyuga.
Ditambah-tambah lagi dengan kebolehan Hyuga Hanabi, adiknya yang digemari oleh
ayah mereka.
Hinata menyanjungi Naruto kerana
Naruto mempunyai apa yang Hinata tak ada. Di sinilah perasaan cintanya pada
Naruto mula berputik.
Naruto mempunyai beban yang kuat.
Dibenci oleh masyarakat. Disisihkan sebab sumpahan. Dianggap pelajar tercorot.
Tapi beban ini hanyut dengan sikap Naruto yang berkeyakinan tinggi dan tak
mengalah.
Sikap Naruto ini menjadi suatu
bentuk 'kelengkapan' kepada Hinata untuk terus maju ke depan. Hinata mahu
dirinya rasa berguna.
Naruto 'mengajar' Hinata sebentuk
kepercayaan pada diri sendiri. Hinata pula 'mengajar' Naruto sebentuk
kepercayaan pada orang lain sepertimana Hinata percayakan Naruto mampu menjadi
Hokage.
Naruto anggap Hinata sebagai
kawan dan Naruto pada mulanya sukakan Sakura. Tak tahu apa sebab Naruto sukakan
Sakura. Mungkin sebab cantik dan menawan.
Naruto mula jatuh cinta pada
Hinata sewaktu dalam filem 'Naruto: The Last'. Naruto mula cintakan Hinata kerana
Naruto baru sedar Hinata merupakan manusia paling awal mengiktiraf dan menerima
dirinya seadanya sejak kanak-kanak.
Pengiktirafan dan penerimaan
adalah apa yang dimahukan oleh Naruto sejak kecilnya. Naruto mahu orang kampung
menerimanya walaupun dia disumpah.Itulah apa yang Naruto tiada dalam dirinya.
Hinata memberikan pengiktirafan
dan penerimaan tersebut walaupun Naruto tak sedar.
Sejak Naruto jatuh cinta pada
Hinata, Naruto menjadi sangat 'protective'.
Sikap 'protective' ini kerana
Naruto merasakan Hinata merupakan 'essence' hidupnya.
Hinata pula mahu merasakan
dirinya berguna pada Naruto. Walaupun Naruto tidak perlu bergantung pada
sesiapa kerana kekuatannya, Naruto memberikan Hinata sebuah perasaan yang
dirinya memerlukan Hinata untuk menyelesaikan masalah.
Di sini dah sampai satu proses
kefahaman pasangan. Kefahaman ini menjadi asas untuk memenuhi keperluan dan
kehendak jiwa pasangan.
Walaupun Naruto telah menerima
pengiktirafan dan penerimaan daripada orang kampung, keperluan emosi itu tak
sama daripada pengiktirafan daripada Hinata.
Begitulah juga Hinata. Walaupun
sudah diperakui berguna dan yakin dalam kalangan keluarga dan kawan sepasukan,
dia mahukan juga bentuk keperluan emosi daripada Naruto yang merasakan dirinya
berguna.
Aku tak ingat ada orang kata,
kalau nak cari pasangan, carilah pasangan yang dapat memenuhi kekurangan kita.
Kalau kita kurang yakin, carilah orang yang yakin. Kalau kita selalu memboros,
carilah orang yang berjimat. Kalau kita pandai fizik, carilah orang yang pandai
biologi.
Kalau kita jenis murung, carilah
yang selalu ceria. Kalau kita seorang panas baran, carilah yang sentiasa tenang
dan tak marah. Ia dapat memenui keperluan emosi, keperluan intelektual dan
keperluan jasad.