Sejarah puak Namikaze adalah sama seperti puak Uzumaki, puak Namikaze pun sudah musnah yang tinggal hanya Naruto seorang (tidak diketahui jika ada yang lain). Puak Namikaze telah dibantai habis oleh Madara Uchiha kerana mereka merupakan clan kepercayaan konoha yang mampu menjaga dan mengunci Kyuubi dalam suatu gulungan rahsia terlarang di Namikaze House.
Pada masa itu Madara mencuri gulungan tersebut dan semua puak Namikaze dibunuh dan yang selamat adalah Namikaze Minato (pada masa itu umurnya adalah 6 bulan).
Menurut Legenda, puak Namikaze adalah puak terkuat di Konoha selain puak Uchiha, puak Namikaze sangat kuat, bijak, dan mempunyai teknik yang hebat. Dua puak ini adalah rival dan rakan sejati. Mereka saling membantu dalam hal apapun dan bersaing untuk menjadi puak terkuat.
Puak Namikaze dilahirkan selalu mempunyai rambut kuning dan mata biru. Puak Namikaze dilahirkan dengan anugerah yang mampu menciptakan jurus baru yang sangat kuat disetiap kelahiran mereka, puak Namikaze mempunyai hubungan ghaib dengan Gunung Myoboku, Kemampuan rahsia mereka adalah (kekkai genkai) mampu memanfaatkan dimensi ruang dan waktu atau kita mengenalinya sebagaiTeleport.
Ketika puak uchiha mengetahui puak namikaze dimusnahan mereka sangat marah. Apabila mereka mengetahui ada yang selamat iaitu Minato Namikaze, mereka bersetuju untuk menerima anak tersebut kerana untuk membantu puak namikaze, dan kerana puak Uchiha mengetahui rahsia puak Namikaze, mereka hendak menurunkan kemampuan mereka kepada Minato iaitu elemen Api.
Minato pun dipelihara dalam keluarga Uchiha, dan dibesarkan dalam keluarga mereka kerana puak Namikaze terkenal dengan kecerdasan akal, semua kemampuan uchiha mampu dipelajari dengan cepat oleh minato. Minato menjadi gennin pada umur 7 tahun, Chunnin pada 10 tahun, dan jounin pada 16 tahun dan menjadi Hokage 18 taun. Keberhasilannya adalah kemampuan teleportnya (sehingga dikenali sebagai Yellow Flash from Konoha) dan dia menyebutnya FLYING THUNDER GOD TECHNIQUE dan Rasengan yang belum sempurna (A-RANK) .Kemampuan Namikaze adalah mampu mempelajari unsur-unsur lain dan memasukkan / menggabungkan elemen itu dalam jurusnya.
Ketika menjadi hokage dia merasa tidak tahu asal usulnya, dan dia melakukan kajian selama 3 tahun. Setelah mengetahuinya dia sangat marah atas kematian seluruh puaknya namun dia bangga kerana puaknya merupakan puak terkuat yang pernah dihasilkan dari Konoha. Setelah mendedahkan semua rahsia puak namikaze dia menjadi guru dari tiga gennin iaitu Obito Uchiha, Hatake Kakashi dan Rin.
Apabila muncul serangan Kyuubi yang dilakukan Obito, diapun mengunci kyuubi dalam tubuh naruto dengan harapan, berguna bagi naruto suatu saat nanti kerana dia adalah dari puak namikaze dan puak uzumaki yang mampu sebagai Jinchiruki kyuubi mencegah kyuubi diambil lagi dari konoha, dan menjadikan naruto sebagai kuncinya serta Minato memberikan nama Naruto Uzumaki dengan Naruto dari buku Jiraiya dengan harapan anaknya kelak seperti yang diceritakan pada buku tersebut. dan Uzumaki untuk melindunginya serta unutk mencegah Naruto menjadi orang yang sombong dan tidak mahu bekerja keras kerana dia mengetahui bahawa orang tuanya adalah seorang pahlawan dan hokage. Minato mahu anaknya berusaha dengan segala kemampuannya sendiri tanpa menggunakan gelaran orang tuanya.
Kemungkinan suatu saat Naruto selepas / sebelum menjadi Hokage akan mencari asal usul tentang dirinya, keluarganya, dan puaknya kerana dia sekarang sudah tahu bahawa dia anak dari Minato Namikaze Hokage..Suatu saat dia akan membongkar rahsia yang dimiliki keluarganya.