Hai semua! Pastinya anda semua sudah menonton movie Road to Boruto, Naruto Gaiden, Manga Boruto dan beberapa episode Anime Boruto: Naruto Next Generations, maka akan akan faham pembahasan ini!
Masashi Kishimoto, pencipta anime, novel dan manga Naruto kesayangan kita ini, pada awalnya ingin mengangkat kisah Naruto berkonsepkan Samurai. Pada Weekly Shounen Jump, dilaporkan langsung mengenai pernyataan Naruto dengan konsep Samurai ini.
Nah, Kishimoto merubah fikirannya kerana melihat beberapa judul manga yang sudah berkonsep Samurai, seperti Rurouni Kenshin dan Bleach yang sedang naik. Lalu, bertukarlah konsep Naruto yang awalnya Samurai menjadi Ninja!
Begitulah sejarah awal dari anime Naruto yang kemudian akan menjadi seorang samurai.
Sempat disebut oleh Kawaki dalam manga mahupun anime bahawa era shinobi sudah selesai. Maka Kawaki akan mengirim Boruto ketempat dimana Naruto ‘berada’.
Kawaki dan Boruto menggunakan pedang yang berkemungkinan besar bahawa pedang tersebut adalah pedang yang diberikan Sasuke dan Boruto mengeluarkan ikat kepala ninja Konoha dan mengaku bahawa Boruto juga adalah Shinobi.
Berkemungkinan besar Masashi Kishimoto akan memasukan era dimana Samurai mula mengambil alih era Shinobi berkuasa.
Banyak spoiler dari internet mengatakan bahawa Boruto akan melawan Kawaki, ‘pembunuh’ Naruto. Apakah benar bahawa Boruto memiliki Tenseigan (mata spesial, satu tingkat diatas Byakugan). Apakah Boruto akan mewarisi pedang Sasuke kerana menjadi muridnya? Apakah Boruto akan mewarisi Chakra Kyuubi?? Apakah Boruto akan menyelamatkan Konoha dan membalas dendam kepada Kawaki?
Siapa yang berani jawab?? Ayuh kita sama-sama tunggu anime ini sehingga selesai untuk mengetahi fakta tepat tentang kesudahan cerita ini.