Naruto kini sudah memiliki pendamping hidup iaitu Hinata. Hinata menjadi isteri Naruto dan telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Boruto dan Himawari.
Namun jauh sebelum Naruto bersama Hinata, Naruto dulunya menyukai Sakura. Akan tetapi pada akhirnya Naruto telah menjadi suami Hinata bukannya Sakura yang dia cintai sebelumnya, kenapa?. Admin cuba memberikan alasan mengapa Naruto akhirnya bersama Hinata bukannya Sakura. Berikut adalah alasannya :
1. Sakura menyukai Sasuke
Mengapa Naruto bersama Hinata bukan Sakura adalah kerana Naruto menyedari bahawa yang dihati Sakura cuma Sasuke seorang. Dia pun sedar akan hal itu. Dan segera move on dari Sakura.
2. Hinata menyukai Naruto sepenuh hati
Naruto bersama Hinata tentu kerana dia menyedari bahawa hanya Hinata seorang saja yang mencintai dirinya sepenuh hati. Bahkan Hinata sendiri sudah memendam perasaan kepada Naruto sejak kecil.
3. Naruto dan Sakura kerap bertengkar
Kalau Naruto bersama Sakura rasanya tidak cocok, kerana mereka memiliki sifat yang hampir sama. Naruto suka bergurau, sementara Sakura garang. Mereka juga sering bertengkar. Jika mereka berdua bersama, boleh Naruto sering dipukul oleh Sakura, kerana Naruto sering membuat Sakura geram.
4. Naruto lebih sesuai bersama Hinata
Melihat pernyataan no3, sudah pasti Naruto sangat sesuai bersama Hinata. Hinata yang lemah lembut, dan tidak banyak bicara akan serasi bersama Naruto yang banyak bercakap. Kerana memiliki sifat yang berbeza akan jadi saling melengkapi.
5. Naruto & Hinata mempunyai latar belakang sama
Naruto & Hinata mempunyai latar belakang yang sama. Naruto memiliki Kyuubi sehingga dipulau oleh orang-orang kampung. Kadang-kadang dia dikutuk oleh rakan-rakan sebayanya. Akhirnya dia selalu bersendirian. Hinata juga begitu, semasa kecilnya dia sering dibuli oleh anak-anak seumurannya. Naruto dan Hinata pun sama-sama punya kisah sedih semasa kecil.
6. Takdir yang dibuat oleh sang penulis
Yang terakhir ini paling sesuai untuk dijadikan alasannya. Ya kerana takdir yang menentukan bahawa Naruto harus bersama Hinata bukan Sakura. Suka hati lah Masashi Kishimoto nak jadikan siapa pasangan Naruto. Dia yang mencipta anime Naruto. Bukankah begitu?? hahaha