Naruto telah menjadi hokage ke 7 menggantikan hokage sebelumnya yakni hokage ke 6, Kakashi Hatake. Dia telah berjaya mencapai impian dan cita-citanya sebagai hokage atau pemimpin tertinggi Konohagakure.
Namun sudah tentu Uzumaki Naruto tak akan selamanya menjadi hokage, pastinya dia akan digantikan dengan yang muda selepasnya. Mustahil Naruto akan menjadi Hokage selama-lamanya. Naruto pun sudah tentu nantinya akan bersara sebagai seorang hokage.
Jadi persoalannya siapakah yang akan menjadi hokage ke 8 atau hokage setelah Naruto?. Tentu pelbagai spekulasi akan muncul dan mesti ramai yang menjangkakan bahawa yang akan memegang jawatan Hokage ke-8 adalah Konohamaru Sarutobi.
Ya memang ramai berkata demikian bahawa Konohamaru-lah yang akan menjadi hokage ke-8. Ramai juga menjangkakan bahawa cucu hokage ke-3 ini akan menjadi hokage ke 8 atau hokage setelah Naruto. Admin juga berpikiran sedemikian. Konohamaru juga bercita-cita ingin jadi hokage seperti Naruto.
Tapi hal ini masih awal untuk mengatakan bahawa Konohamaru akan jadi Hokage ke 8. Kerana kebenarannya belum terbukti lagi bahawa Konohamaru akan menjadi hokage setelah Naruto. Ini semua hanya jangkaan saja dari para pecinta anime Naruto dan juga admin.
Yang jelas terkait tentang judul diatas yang mengatakan adakah Konohamaru akan menjadi hokage ke-8 dan siapa yang jadi hokage ke 8 nantinya, pastinya akan terjawab apabila tiba masanya.
Menurut kalian siapa yang akan jadi hokage 8, adakah Konohamaru atau ada calon shinobi yang lain. Kalau tengok dalam Boruto, Konohamaru memang mempunyai ciri-ciri untuk jadi Hokage.