Pada anime Boruto episode keempat, dapat dilihat Boruto menggunakan jutsu Kuchiyose, dimana jutsu ini membolehkan sang pengguna jutsu memanggil satu haiwan yang akan terpanggil dan bertarung bersama. Namun, memerlukan chakra sangat besar untuk menggunakan Kuchiyose ini.
Kuchiyose ini boleh saja berbentuk haiwan, manusia, dan senjata. Meskipun bagi para gennin ini masih berupa pengenalan, Boruto berhasil mencipta sebuah rekod baru. Ia berhasil menggunakan Kuchiyose !
Haiwan tersebut muncul, namun disebutkan oleh Sarada dan Shikadai, haiwan tersebut berbentuk ular ! Sayangnya admin melihat ular tersebut hanyalah wujud dari ekor sebuah haiwan!
Kenapa demikian? Rupa ular dalam Naruto tidak berukuran demikian, ingat ular milik Orochimaru dan Sasuke iaitu Manda? Jika haiwan tersebut merupakan ular mengapa tidak ditunjukkan dengan jelas? Namun rupanya itu masih mendatangkan misteri.
Haiwan tersebut berkemungkinan besar adalah Nue. Haiwan mitos Jepun yang menyerupai Chimera (Bertubuh singa, bersayap namun memiliki ekor ular). Masashi Kishimoto sensei mengambil referensi dari mitos Jepun untuk pelbagaikan kuchiyose, seperti milik Hiruzen Sarutobi dan Temari.
Referensi Kuchiyose Temari berupa Kamaitachi , dan Hokage ketiga menggunakan referensi Sun Wukong untuk King Enma (Kuchiyose Raja Kera).
Konohamaru sendiri masih tertanya-tanya tentang Kuchiyose Boruto ini, bagaimana Baruto yang noob ni mampu mengeluarkan Kuchiyose sebesar ini!
Kira-kira, betul atau tidak Kuchiyose Boruto adalah haiwan Nue ini? Apakah kekuatannya nanti? Apakah nanti watak lain akan memiliki Kuchiyose terbaru yang akan diperkenalkan di anime ini?? Tunggu dan lihat. Takbir!