Ia bukanlah dikatakan sebagai pengorbanan, tapi lebih kepada tanda kepada satu kontrak yang bertulis dengan menggunakan darah. Ini kerana darah digunakan sebagai satu alat kontrak antara penyeru dan benda(haiwan) yang diseru.
Jadi, apabila darah yang sama digunakan untuk menyeru bagi kontrak terbabit, seruan itu akan berhasil kerana ia terikat dengan kontrak darah yang telah dilakukan antara pihak penyeru dan haiwan diseru tersebut.
Sebagai contoh, sebab mengapa katak berjaya diseru oleh Naruto kerana Naruto sudah berjaya mengikat kontrak darah antara Naruto dengan Katak terbabit.
Hal sama juga berlaku apabila Suigetsu boleh menyeru ular dengan menggunakan darah Sasuke sebabSasuke sudah mengikat kontrak darah dengan Ular tersebut, dan dia akan bertindakbalas terhadap seruan berkenaan walaupun orang lain menyeru Ular tersebut asalkan darah penyeru itu yang utama.
Jadi, anda tidak perlu mempunyai kontrak untuk menyeru sesuatu jenis seruan, anda hanya perlukan darah bagi penyeru berkenaan yang mempunyai kontrak dengan barang atau haiwan seruan tersebut.
Darah sebenarnya penting dalam seruan ini, bukan hanya pada jutsu atau orang yang menyeru tersebut.
Jadi, bila anda menyetujui kontrak darah dengan haiwan berkenaan, haiwan tersebut akan bertindak balas apabila anda menyeru nya untuk selama mana anda hidup dan berkhidmat kepada anda untuk berlawan atau menurut kehendak anda.