Fokus pada kisah dan kes mata Boruto. Boruto ingin menyelesaikan masalah bayangan misteri ini dan harus menyelesaikan masalah ini sebelum Naruto yang menangkap sang pelaku! (Sebagai pembuktian bahawa dia tidak berbohong dan mempunyai mata istimewa). Namun sayaangnya, demi pembuktian ini Boruto (Mitsuki dan Shikadai) terpaksa ponteng kelas dan melakukan aksi suka melawan yang buat kita malas untuk mengikuti kisah Boruto.
Dalam kes ini, Hinata faham mengapa Boruto berbuat demikian. Boruto hanya ingin mendapatkan perhatian ayahnya. Hinata tidak mahu membicarakan masalah ini dengan Naruto kerana tidak mahu membuat Naruto memikirkan mengenai hal ini.
Shino, sebagai guru yang baik memberikan kesempatan kepada Boruto (Shikadai dan Mitsuki) untuk melakukan aktiviti diluar kelas. Boruto memutuskan untuk pergi ke pejabat pos sebagai aktiviti kerana pekerjaan inilah satu satunya tempat yang berjalan-jalan. (Sesuai dengan tujuan mereka iaitu memantau Konoha mengenai kes ‘hantu’ yang sedang ramai bicarakan).
Sebagai pemerhatian lapangan, mereka mengantar surat dan bungkusan sambil meneliti kes ‘hantu’ ini. Watak hantu ini masih belum diketahui siapa, yang pasti kita dapat melihat kembali Sai, pada episode ini. Sudah ada 8 mangsa diketahui ketika ini. Sai menemukan sel Hashirama disebalik kes ini. Ditambah pula pengguna Mokuton (Wood Style Release) berkemungkinan pelakunya. Sang pelaku tidak bertujuan untuk membunuh melainkan mencuri dan mengumpulkan chakra. Namun masih belum diketahui pelakunya.
Ternyata juga, Naruto tidak sedar mengapa Boruto selalu dilihat malas bertemu ayahnya sendiri. Naruto mengakui bahawa dia hidup tanpa ayah, jadi dia tidak tahu bagaimana harus berinteraksi dengan anaknya sendiri.
Hari kedua, pejabat pos ini mendapat komplain, namun inti cerita dari episode ini bahawa Sumire tercedera ditempat lawatannya! Belum dijelaskan mengapa dan apa penyebabnya! Mari kita nantikan minggu depan!