Jika hanya dilihat dari makna
katanya sahaja maka anime dan kartun itu tidak ada perbezaan iaitu Keduanya merujuk
kepada produk digital audio yang merupakan animasi yang bergerak.
Antara perbezaan yang ketara
ialah :
1. Kartun dibuat untuk ditonton
oleh kanak-kanak, sementara anime pula terbahagi kpd beberapa rating kelas usia melalui
kandungan yang dipersembahkan sama ada dari segi jalan cerita yang rumit
difahami atau sebagainya.
kebanyakan film atau kartun
yang dibuat oleh Barat dan negara-negara selain Jepun adalah untuk tontonan kanak-kanak
atau bergeneral keluarga.
Berbeza dengan Anime. Karya
animasi buatan Jepun ini hadir dengan berbagai Rating Usia. Bahkan beberapa
anime dengan genre tertentu seperti Ecchi dan Gore sengaja dibuat untuk tontonan
17 tahun keatas . Meskipun produknya sama-sama dalam katogeri animasi.
2. Anime diangkat dari Manga dan
Game manakala Kartun banyak yang ceritanya original
majoriti cerita anime diangkat
dari cerita manga (komik Jepun) seperti Naruto dan One Piece atau dari cerita
game seperti God Eater dan Final Fantasy.
Sementara cerita Kartun banyak
yang diangkat dari cerita original. Beberapa komik tentang film kartun yang
beredar dipasaran adalah setelah film kartunnya ditayangkan seperti
Spongebob dan Upin Ipin.
3. Perbezaan Anime merupakan
produk jepun, sementara kartun adalah produk animasi luar dari jepun. Namun
jika diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya anime sangat jauh berbeza
dengan kartun.
4. Genre anime jauh lebih beragam
dibandingkan kartun
Kerana kartun dibuat sebagai
tontonan kanak-kanak maka genre ceritanya sangat terbatas. Banyak aspek yang
membatasi idea cerita kartun.
Berbeza dengan anime. Kerana
terbahagi dalam pelbagai macam rating Usia, maka anime hadir dalam banyak
sangat genre. Bahkan hingga ada genre dewasa yang tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak
seperti genre hentai dan gore.
5. Cerita anime cenderung lebih
serius dibandingkan dengan kartun
Jika film kartun kebanyakan
mengangkat cerita komedi dan parodi ringan yang tujuan utamanya membuat
penontonnya tertawa, terhibur.
Anime hadir dengan banyak pilihan
cerita yang cenderung serius yang dapat membuat penontonnya berfikir, ngeri, geli,
bernafsu, sedih dan sebagainya.
6. Gambar anime cenderung lebih
detail dibanding kartun
Kerana anime cenderung memaparkan
cerita yang lebih serius, maka design karakter dan lingkungannya cenderung
dibuat dengan lebih teliti dibandingkan dengan kartun yang lebih mengutamakan
aspek “lucu.”
7. Kartun biasanya happy ending,
sementara anime endingnya xdijangka kerana kepelbagaianya
Dari kisah dongeng hingga yang
rekaan semata-mata seperti Spongebob, semuanya berakhir dengan happy ending.
Sementara anime memiliki ending yang sangat beragam.
Beberapa anime seperti Code
Geass, Akame Ga Kill, dan Terraformars berakhir dengan banyak kematian sadis.
Sebenarnya di Jepun sendiri, frasa kata
“Anime” digunakan secara umum. Tidak hanya merujuk pada karya animasi buatan Jepun malah Animasi-animasi non Jepun juga mereka menyebut sebagai “Anime.”
Yang dok kalut cakap istilah “anime” dan “kartun” ni berbeza adalah
majoritinya merupakan orang-orang di luar Jepun macam kita hahahaha. Dok kalut
pasaipaaaaa tak tau