Mod Pendeta adalah teknik yang memungkinkan penggunanya merasakan dan mengumpul tenaga alam semulajadi di sekitanya. Mod Pendeta menggunakan chakra yang dikenali sebagai Senjutsu. Chakra ini diperolehi hasil gabungan tenaga alam semulajadi dengan tenaga jiwa dan raga dalam tubuh.
Chakra ini mempunyai keistimewaan iaitu dapat meningkatkan ninjutsu, genjutsu dan taijutsu secara drastik. Namun begitu chakra ini perlu diseimbangkan secara baik supaya pengguna dapat menggunakannya. Jika tenaga alam kurang ia tidak akan menjadi manakala jika tenaga alam terlebih pula akan menukarkan bentuk pengguna kepada bentuk lain.
Kelebihan Senjutsu
- Kekuatan fizikal, kepantasan, stamina, refleks dan daya tahan akan meningkat
- Ninjutsu, Genjutsu, serta Taijutsu jadi lebih mantap
- Dapat meningkatkan jangkauan serangan pengguna
- tidak merasa sakit akibat kerosakan fizikal
- Dapat merasakan chakra orang lain
Kekurangan Senjutsu
- Jika terlebih tenaga alam maka pengguna akan bertukar rupa bentuk
- Pengguna tidak boleh berada dalam Mod Pendeta dalam tempoh masa yang lama
- Perlu duduk diam untuk mengumpul tenaga alam yang akan menyebabkan diserang musuh
- Setelah Mod Pendeta berakhir pengguna akan mengalami keletihan